Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 20 Jul 2017 12:01:11

Malaysiakini 20/7/17
Seorang ahli politik United Kingdom (UK) mengemukakan usul mengenai isu 1MDB di parlimen negara itu hari ini.
Usul dikemukakan anggota pembangkang itu menyatakan, parlimen bimbang dengan dakwaan berlaku salah laku dalam 1MDB, dan menggesa kerajaan Malaysia membenarkan pemerhati antarabangsa memantau perjalanan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
"(Ini) untuk menunjukkan komitmen untuk berlakunya pilihan raya yang bebas dan adil, terutama apabila mengambil kira Malaysia akan menjadi pengerusi Komanwel pada 2020.

“(Parlimen) menggesa kerajaan memastikan dakwaan berlaku penyelewengan dana dari Malaysia untuk membeli aset di UK disiasat sepenuhnya," kata usul itu.
Bagaimanapun, usul awal itu hanya mendapat sokongan kecil sejak ia dikemukakan pada 18 Julai.

Setakat berita ini ditulis pada jam 4 petang ini (waktu Malaysia) hanya tiga orang anggota parlimen menyatakan sokongan terhadap usul dikemukakan oleh wakil Parti Buruh, Ann Clwyd itu.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts