“Walaupun umur dah separuh abad, Wawa masih gigih..” – Aeril Zafrel

by Oh! Semput


2
SHARES
21
VIEWS
Posted on 17 Jul 2019 09:00:43

Kehidupan alam rumah tangga sememangnya indah, lebih-lebih lagi apabila bergurau senda antara suami dan isteri yang menjadikan perkahwinan lebih harmoni.

Orang ramai pasti mengetahui ‘kenakalan’ pelakon, Aeril Zafrel yang sering mengusik isterinya Wawa Zainal di media sosial sehingga membuatkan netizen terhibur dengan gelagat mereka.

Terbaru menerusi laman Instagram, Aeril telah memuat naik satu foto isterinya yang sudah disunting menggunakan satu aplikasi yang boleh menampakkan seseorang menjadi lebih berusia.

Pelakon drama Cari Aku Di Syurga itu juga tidak ketinggalan untuk menggunakan aplikasi tersebut yang sememangnya kelihatan kacak walaupun sudah tua.

Ruangan komen posting tersebut dipenuhi komen netizen yang rata-rata terhibur serta ditambah pula dengan kapsyen yang kelakar!

alt

alt

alt

alt

Kebahagiaan pasangan ini sering menjadi inspirasi serta contoh buat pasangan di luar sana. Semoga mereka sentiasa berbahagia disamping anak-anak!

: Aeril Zafril.

Komen

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts