Wanita Dakwa Dipukul Pemandu E-Hailing, Marah Kerana ‘Book Ride’ Untuk Pekerja Warga Asing – “Dia Rampas Phone Saya”

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 14 Apr 2025 06:31:03

Seorang wanita berkongsi pengalaman buruknya baru-baru ini diserang oleh pemandu e-hailing disebabkan dia membuat tempahan untuk pekerja warga asing.

Menerusi Facebook, wanita itu berkongsi secara terperinci tentang insiden terbabit di mana dia telah membuat tempahan perjalanan untuk seorang pekerja warga Indonesia semalam.

Advertisement

wanita dakwa diserang pemandu e-hailing

Katanya, selepas sampai destinasi dia membuat bayaran RM6 seperti yang dicaj kepada pemandu berkenaan namun dakwa wanita itu dia telah menerima respon negatif.

Dakwa wanita itu, pemandu lelaki terbabit telah menengkingnya dan bertanya mengapa dia membuat tempahan untuk pekerja warga asing.

Saya terkejut dan tak sempat untuk memberi respon sebelum pemandu itu keluar dari kereta dan merampas telefon bimbit saya. Apabila saya cuba mengambil semula, pemandu itu memukul saya di muka dengan telefon saya.

Wanita itu turut berkongsi foto memaparkan kecederaan yang dialaminya di bahagian muka iaitu kesan lebam di bahagian kiri pipinya.

wanita dakwa diserang pemandu e-hailing

Menurut WeirdKaya, dia telah membuat laporan polis berhubung serangan itu dan sudah mengumpulkan semua bahan bukti termasuklah laporan kesihatan selepas berjumpa doktor di klinik.

Dia juga membuat beberapa tuntutan daripada pemandu tersebut serta syarikat e-hailing berkenaan, iaitu:

  1. Permohonan maaf rasmi daripada pemandu
  2. Ganti rugi yang munasabah untuk kecederaannya
  3. Pemandu terbabit digantung serta merta dan kenyataan rasmi daripada pihak syarikat tersebut

laporan polis wanita diserang pemandu e-hailing

Ini ke yang kamu katakan ‘perjalanan selamat’? Boleh ke pemandu serang pemandu dan maki hamun pekerja warga asing tanpa sebab? Ini bukan sekadar isu perkhidmatan tetapi juga diskriminasi terhadap pekerja warga asing!

Difahamkan, pekerja daripada syarikat e-hailing berkenaan sudah memaklumkan bahawa kes tersebut kini sedang disiasat namun mereka enggan mendedahkan butiran lanjut.

food rider tinggal barang pelanggan OKU tingkat bawah
3 months ago

Enggan Hantar Pesanan Depan Pintu, 'Rider' Hanya Tinggalkan Di 'Level' Bawah & Hina Pelanggan OKU - "Bapak Pemalas"

Wanita Dakwa Dipukul Pemandu E-Hailing, Marah Kerana ‘Book Ride’ Untuk Pekerja Warga Asing – “Dia Rampas Phone Saya” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts