Wanita Ini Dihalau Daripada Jet Peribadi Setelah Didapati Menipu Teman Lelaki

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 03 Oct 2016 09:01:37


Private Jet Gold Digger Prank! Sadis bunyinya. Coby Persin merupakan seorang bintang Youtube terkenal dan seringkali memuat naik video yang mempersendakan orang di sekeliling.

Terbaru, Persin cuba mengajak seorang wanita yang tidak dikenali menaiki jet peribadinya untuk menguji samada wanita itu mata duitan ataupun tidak.

Pada awal perbualan, wanita yang dikenali sebagai Lauren tidak mengendahkan Persin dengan memberitahu dia sudah mempunyai kekasih, namun setelah mendapat tahu lelaki itu mempunyai jet peribadi, Lauren terus berubah karakter dan sanggup menipu teman lelaki sendiri semata-mata ingin bersama Persin untuk menaiki jet tersebut.

Ketika di dalam jet, Lauren menelefon teman lelakinya dan mendakwa dirinya tidak sihat dan tidak dapat bertemu seperti yang dijanjikan.

Persin yang mendengar perbualan itu meminta Lauren turun dari jet dan meminta Lauren untuk mengambil gambarnya melambai di tingkap pesawat. Apa yang mengejutkan, Persin kemudiannya berkata “Saya tak suka wanita mata duitan, halau dia dari sini, saya tak kenal dia”

Lauren kelihatan terpinga-pinga dan terus keluar dari pesawat itu dengan diiringi oleh dua orang kakitangan di situ.

Persin memuat naik video tersebut dan mendapat jumlah tontonan lebih 1.7 juta. Namun, netizen turut mengecam tindakan wanita itu yang dengan mudahnya mengikut tiga lelaki yang tidak dikenalinya hanya kerana ingin menaiki jet. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti dirogol, diculik dan sebagainya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts