Wanita Buat Laporan Polis Susulan Komen Fitnah Di FB

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 25 Dec 2016 09:00:56

“BIAR Allah tunjukkan kebenaran,” demikian kata seorang pengasas produk kecantikan dalam laporan polis yang dibuatnya semalam.

Izubiela Rasi, 20-an membuat laporan polis susulan kenyataan berunsur fitnah yang dilemparkan oleh seorang wanita tidak dikenali bernama Yana Hana di ruangan komen laman Facebooknya dalam kejadian Rabu lalu.

Menurut Izubiela, individu terbabit cuba mengaibkan dirinya dengan menggelar suaminya seorang yang dayus serta menghasut rakan dalam laman FB untuk lebih berhati-hati dengannya.

yana

Saya sudah menyekat pemilik akaun berkenaan, namun wanita itu terus mengganggu rakan niaga termasuk stokis supaya membenci saya.

Saya tidak tahu apa punca sebenar wanita itu berbuat demikian sehingga dia sanggup mengaibkan maruah saya, suami dan keluarga,” katanya yang memetik laporan Akhbar Harian Metro.

Menurutnya kejadian sama pernah berlaku Jun lalu apabila seorang wanita tidak dikenali menggunakan nama Ikin Asyikin cuba memalukan dirinya termasuk melakukan ugutan selain menipu orang ramai dengan menjual produk keluarannya.

Selain laporan polis saya juga akan melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Saya tidak pernah terbabit dengan sebaran unsur penipuan dan tidak suka membuat fitnah kerana perbuatan ini dilaknat dan dosanya lebih besar, malah Allah akan tunjukkan segala kebenarannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid telah mengesahkan laporan itu diterima dan kertas siasatan kini sedang dibuka. -MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts