Wanita ini buta sebab pakai makeup yang lama! Check tarikh luput mekap anda

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 15 Jul 2018 15:02:08

Tahukah anda, setiap produk kecantikan pun ada tarikh luput? Sebenarnya, sekarang ini, semua benda ada tarikh luput. Dan ada sebab kenapa anda perlu periksa tarikh tersebut.

Baru-baru ini, seorang wanita berusia 50 tahun dari Australia akhirnya terpaksa menderita kerana produk kecantikan yang dipakainya. Produk itu telah mengakibatkan matanya buta!

Apa yang terjadi?

Produk kecantikan tamat tempoh punca ibu ini buta

Shirley Potter tidak menyangka produk kecantikan sebenarnya ada tarikh luput. Oleh sebab jarang memakai alat solek, Shirley memang tidak belek langsung make up dia.

Tapi satu hari, Shirley mengambil keputusan untuk pakai sebarang produk kecantikan yang dia ada kerana dia ingin keluar makan malam dengan anak perempuanya.

produk kecantikan, kesan produk kecantikan, produk kecantikan korea, produk kecantikan paling berkesan, produk mary kay

Masalah mula terjadi pada keesokan harinya. Suami Shirley menegur kenapa matanya merah sangat. Selepas itu, Shirley mula mengalami kesakitan di kedua-dua matanya.

Selepas berjumpa doktor, Shirley disahkan tidak menghidap apa-apa jangkitan.

Doktor pakar dedah jangkitan bakteria dari produk kecantikan

Namun, selepas berjumpa dengan doktor pakar mata barulah dia mengetahui yang matanya itu telah terkena jangkitan bakteria. 

“Doktor tanya saya sama ada saya ada pakai apa-apa produk yang sudah tamat tempoh ke. Saya cakap ya.”

Doktor mengesahkan mata beliau tidak dapat dirawat dan kini, Shirley berisiko untuk buta seumur hidup gara-gara memakai produk yang sudah tamat tempoh.

Shirley memang tidak memakai mekap sebelum ini, jadi agak sukar untuk dirinya mengesan tanda-tanda jangkitan. 

Tip keselamatan untuk semua produk yang anda ada

produk kecantikan, kesan produk kecantikan, produk kecantikan korea, produk kecantikan paling berkesan, produk mary kay

Ibu-ibu semua, di sini kami senaraikan apa yang patut anda buat untuk menjaga kesihatan dan keselamatan anda sepanjang menggunakan produk kecantikan.

Jadilah pengguna yang bijak!

  1. Basuh tangan sebelum pakai mekap, ini untuk elak jangkitan
  2. Ikut tarikh luput yang ada tertulis pada bekas produk
  3. Jangan kongsi alat solek dengan orang lain
  4. Simpan produk anda di tempat sejuk dan kering
  5. Jangan guna alat solek lama. Ia boleh menyebabkan jangkitan
  6. Jangan tambah air dalam mekap.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Alwyn Batara dan mendapat keizinan untuk diterjemah dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Adakah Anda Boleh Dijangkiti Herpes Jika Cuba Sampel Lipstik Dari Kedai Mekap?

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts