Warga emas cuba bunuh diri pandu lawan arus lebuh raya M'sia

by Oh! Semput


HOME Posted on 20 Jan 2018 04:00:39



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas dipercayai cuba membunuh diri dengan memandu dalam keadaan melawan arus dari arah Pantai Dalam menuju ke Subang, di Lebuhraya Baru Pantai (NPE), petang Khamis (18 Jan).

Dalam petikan laporan Berita Harian Malaysia (BHM), video yang tular di laman sosial menunjukkan warga emas berusia 68 tahun itu memandu kereta Perodua Axia, berwarna putih, kira-kira jam 4.50 petang.

Beliau dipercayai melalui susur masuk ke Lebuhraya NPE di Jalan Petaling, sebelum memusing keretanya dan melawan arus di laluan Subang menuju ke arah Pantai Dalam.

Tindakan itu, menurut BHM, disedari beberapa petugas dan anggota peronda lebuhraya dan terus mengekori warga emas tersebut dengan bantuan beberapa orang awam yang menunggang motosikal.

berkata, lelaki itu meneruskan pemanduan di lorong bertentangan meskipun laluan itu agak sesak dengan kenderaan lain yang bertali arus.

Sekumpulan peronda lebuh raya bermotosikal juga mengekorinya dan cuba menghalang tindakannya itu dengan mengetuk bumbung dan pintu kereta tetapi tidak diendahkan, dalam laporan BHM.

"Lelaki itu terus memandu sambil diekori peronda sehingga ke Jalan Templer, Petaling Jaya bagi menghentikan tindakannya," katanya.

Lelaki berkenaan kemudian memperlahankan pemanduan apabila terhalang oleh kenderaan lain yang datang dari arah Subang, sebelum bertindak memusingkan keretanya.

Beliau kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata semasa ditahan lelaki terbabit didapati berada dalam keadaan nyanyuk selain turut membuang air besar dalam kereta.

"Semasa ditahan dan ditanya dia menyatakan mahu membunuh diri.

"Peronda kemudian menghubungi anaknya dan mengarahkan dia dibawa pulang. Tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak," katanya lagi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...