8 warga China didakwa seludup dadah di Australia

by Oh! Semput


6
SHARES
82
VIEWS
Posted on 18 Dec 2016 12:01:00

SYDNEY: Lapan warga China didakwa kerana menyeludup dadah menggunakan kapal komersial, menurut polis Australia hari ini, selepas bot mereka dirampas di luar pantai negara itu.

Mereka ditahan selepas tentera laut menaiki kapal sepanjang 50 meter pada 12 Disember lalu dan membawanya ke pelabuhan di Hobart empat hari kemudian.

Jurucakap polis Tasmania berkata, mereka didakwa cuba mengimport dadah terkawal dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Hobart hari ini. Dua lain belum didakwa.

Menurut Pasukan Keselamatan Sempadan Australia, kapal itu diperiksa selepas didapati dalam keadaan mencurigakan oleh pengawal udara dan mengesannya ketika ia bergerak ke pantai barat negara itu, menyeberangi Great Australian Bight dan ke arah garisan pantai di Tasmania.

Jenis dan jumlah dadah ditemui masih belum dikenal pasti oleh kerana bot itu masih diperiksa. Lapan lelaki terbabit bagaimanapun tidak membuat pengakuan, tidak memohon jaminan dan dijangka dihadapkan semula bulan depan, lapor Australian Broadcasting Corporation. – AFP

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts