by Oh! Semput
Satu kejadian membabitkan komuniti Rohingya di Kemaman, Terengganu menjadi perhatian di media sosial selepas sekumpulan penduduk dilihat berkumpul di kawasan kediaman yang dipercayai dihuni warga berkenaan.
Berdasarkan hantaran yang tular, perhimpunan itu dipercayai tercetus susulan dakwaan seorang wanita tempatan orang kurang upaya (OKU) menjadi mangsa rogol membabitkan empat lelaki Rohingya.
Hantaran sama mendakwa tiga individu telah ditahan, manakala seorang lagi masih dicari pihak berkuasa.
Susulan dakwaan tersebut, penduduk yang berang dilaporkan berkumpul berhampiran sebuah rumah dua tingkat yang didakwa menjadi tempat tinggal sejumlah warga Rohingya.
Rakaman yang tersebar di media sosial turut menunjukkan kehadiran orang ramai dan anggota polis di lokasi kejadian.
Difahamkan, pihak berkuasa kemudiannya hadir bagi mengawal keadaan dan menyuraikan perhimpunan berkenaan.
Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat kesimpulan atau menyebarkan dakwaan yang belum disahkan, khususnya kenyataan yang mengaitkan perbuatan individu dengan keseluruhan sesuatu kaum atau komuniti.
Setakat semakan dibuat, butiran penuh mengenai dakwaan serangan seksual, identiti suspek serta tindakan pihak berkuasa masih memerlukan pengesahan rasmi daripada polis.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
‘Type R’ Buat Hal, 4 Warga Rohingya Didakwa Kurung, Rog*l Wanita OKU Tempatan Di Kemaman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.