Ada warna biru ada warna hijau, rupanya berbeza fungsi sabun wiper ramai tak tahu

by Oh! Semput


10
SHARES
135
VIEWS
Posted on 28 Feb 2024 11:31:33

Bagi pemilik kenderaan, kebersihan fizikal kereta yang sentiasa berkilat dan bersinar pastinya menjadi keutamaan setiap hari, bukan?

Terdapat yang sanggup menghantar kereta ke ‘carwash’ setiap minggu untuk dibersihkan.

Walaubagaimanapun, terdapat satu bahagian yang perlu diberikan perhatian utama oleh setiap pemilik kenderaan.

Ada warna biru ada warna hijau, rupanya berbeza fungsi sabun wiper ramai tak tahu

Bahagian yang dimaksudkan adalah cermin hadapan yang membolehkan pemandu melihat ke hadapan tanpa sebarang gangguan semasa di jalan raya.

Ia adalah sangat penting untuk memastikan cermin hadapan kenderaan sentiasa bersih pada setiap masa.

Jika tidak, pemanduan boleh menjadi tidak selesa dan mengganggu tumpuan pemandu kelak.

Biasanya, cermin hadapan dibersihkan menggunakan wiper dan dibantu dengan cecair pembersih cermin hadapa

. Namun, cecair pembersih ini dijual dalam pelbagai warna dan kadang-kala menyebabkan kekeliruan kepada pengguna ketika hendak dibeli.

Antara soalan yang sering ditanya ialah, adakah setiap warna mempunyai tujuan penggunaan yang berbeza?

Untuk mengetahui tentang fungsi dan perbezaan warna tersebut, marilah kita ikuti perkongsian SK berkenaan topik itu pada hari ini.

Menurut Reader’s Digest, warna cecair pembersih cermin hadapan yang berbeza-beza biasanya adalah untuk tujuan pemasaran sahaja.

Bergantung kepada jenama dan pengeluar, setiap warna ini boleh diiklankan untuk tujuan yang berbeza. Misalnya, warna-warna cecair pembersih ini diiklankan seperti contoh di bawah:

Biru: Cecair standard untuk kegunaan sepanjang tahun, berkesan untuk membersihkan habuk dan kotoran jalan.

Hijau: Untuk pemanduan musim panas, berkesan untuk mengelak pepijat hinggap.

Jingga: Untuk sepanjang musim dan mengandungi bahan penyah ais.

Kuning: Diiklankan untuk pemanduan musim sejuk dan mengandungi bahan penyah ais.

Ungu: Cecair pembersih cermin hadapan yang lebih pekat dan untuk musim panas.

Walaupun dibenarkan, sebenarnya tidak digalakkan untuk mencampur cecair pembersih cermin hadapan dengan air.

Air boleh menyebabkan cecair tersebut menjadi kurang pekat dan mengurangkan keberkesanan untuk mencuci cermin.

BACA: “Suami bertuhankan mak bapak dia, kat rumah solat pun tak, solat jumaat apatah lagi tapi bila dirumah mertua, dia la terpaling solat”

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts