“Watak Razil wujud…” -Pengarah dedah telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’ diangkat dari kisah benar

by Oh! Semput


9
SHARES
123
VIEWS
Posted on 27 Mar 2023 07:00:27

Telemovie Saat Hilang Cintamu yang dilakonkan oleh Zamarul Hisham dan Rita Nadira telah tular di laman sosial, apabila ianya memberi kesan emosi yang hebat kepada netizen.

Secara ringkasnya, telemovie ini mengisahkan tentang Razil (Zamarul Hisham) yang berkahwin dengan Salihah (Rita Nadira) seorang gadis muda dan bijak dalam pendidikan. Sikap Salihah berubah secara mendadak apabila dia mula bekerja di pejabat dan tertangkap menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

alt

Disebabkan terlalu sayangkan isteri, Razil rela melepaskan Salihah. Namun Salihah telah ditipu kekasihnya apabila mendapati dirinya adalah isteri kedua kepada suami barunya. Tanpa diduga dia telah mengalami kemalangan jalan raya yang menyebabkannya lumpuh.

Razil terus setia menjaga Salihah dan bercadang untuk rujuk semula. Namun belum sempat dia melafaz akad, wanita yang dicintainya itu menutup mata bertemu illahi.

Cantek. Perlis. Mlm ni #saathilangcintamu@tv3malaysia⁩ ⁦@zeeldrama⁩ ⁦@OhMyPerlis⁩ 10 mlm tv3. ⁦@dramasangatmy⁩ ⁦@linajamil28pic.twitter.com/9BHR1Y3Nxm

[email protected] (@FADZILTEH) March 25, 2023

Menurut perkongsian di Instagram, Zamarul Hisham mendedahkan watak Razil wujud dan kini berusia 70 tahun. Walau bagaimanapun, pelakon drama “Aku Tanpa Cintamu” itu meluahkan rasa kecewa kerana tidak berkesempatan berjumpa Razli ketika penggambaran dijalankan.

: Instagram Zamarul Hisham

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts