Kes Hina Bapa Watson Nyambek: Marsha Mohon Maaf

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 25 Apr 2017 08:00:19


PENGACARA bersama program Sukan Tak Sentral, Marsha Milan Londoh menyatakan permohonan maafnya terhadap bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek dan ahli keluarganya seperti yang dititipkan hos itu menerusi laman Instagramnya semalam.

Dalam rancangan tersebut, Marsha bertindak selaku pengacara bersama dengan Ammar atau nama sebenarnya, Azizul Ammar Abu Hassan.

“Assalamualaikum, dengan rasa rendah diri saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga atlet yang telah mengharumkan nama negara, saudara WATSON NYAMBEK dan semua yang terkesan dengan persembahan kami dalam program SUKAN TAK SENTRAL.

“Terima kasih diucapkan di atas komen-komen yang membina serta sokongan padu dari anda semua. Semoga kejadian ini dapat dijadikan panduan untuk kami agar lebih peka dengan sensiviti masyarakat sekeliling.

“Dengan itu, saya dan juga pihak produksi ingin memohon maaf sekali lagi dan amat menyesali dengan apa yang telah berlaku dan akan memastikan kesilapan ini tidak akan berulang lagi demi kesejahteraan semua,” tulis hos berusia 32 tahun itu.

A post shared by Beauxlim Pomegranate Lover

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts

Copyright © Oh! Semput 2018