WhatsApp Bangunkan Ciri Baharu Untuk Jadikan Perbualan Lebih Teratur

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 14 Mar 2025 14:30:20

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu bagi meningkatkan pengurusan, penyusunan dan interaksi mesej dalam perbualan individu serta sembang berkumpulan.

Melalui kemas kini WhatsApp beta versi 2.25.7.7 untuk Android, ciri baharu ini membolehkan mesej balas disusun dalam bentuk bebenang (thread) atau perbualan berangkai.

Seperti dikongsi dalam tangkap layar, ia membolehkan pengguna membalas mesej tertentu dalam satu bebenang khusus, memastikan perbualan kekal tersusun dan tidak berselerak.

Setiap mesej balas akan kekal terikat pada mesej asal, memudahkan pengguna menjejaki perbualan dan perbincangan tanpa perlu mencari-cari mesej asal dalam aliran sembang yang panjang.

Pengguna hanya perlu klik pada sesuatu bebenang untuk melihat semua mesej balas yang berkaitan dalam satu paparan yang lebih kemas.

Ciri ini dijangka diperkenalkan dalam perbualan individu, kumpulan, komuniti serta saluran. Namun begitu, buat masa ini, ia masih dalam pembangunan dan dijangka tersedia dalam kemas kini akan datang.

{suggest}

: WABetaInfo

WhatsApp Bangunkan Ciri Baharu Untuk Jadikan Perbualan Lebih Teratur WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts