Wisma Putra pantau keselamatan rakyat Malaysia di Hong Kong

by Oh! Semput


1
SHARES
19
VIEWS
Posted on 19 Nov 2019 13:00:50

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar dan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia akan terus memantau perkembangan berlaku di Hong Kong bagi memastikan keselamatan rakyat negara ini yang berada di wilayah terbabit.

Wisma Putra dalam satu kenyataan media mengesahkan semua rakyat Malaysia yang menetap di Hong Kong sekarang termasuk 400 pelajar sedang melanjutkan pelajaran di sana, dilaporkan selamat.

“Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia juga sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Hong Kong bagi memastikan tahap keselamatan semua rakyat Malaysia terpelihara termasuk penuntut Universiti China Hong Kong (CUHK), Universiti Hong Kong (HKU) dan Universiti Politeknik (PolyU).

“Konsulat Jeneral juga sedia membantu mana-mana pelajar Malaysia yang mahu pulang ke tanah air untuk berehat sempena cuti semester berikutan masalah gangguan sistem pengangkutan awam sejak Ahad lalu.

“Konsulat Jeneral juga aktif menyalurkan maklumat dan mengeluarkan nasihat perjalanan bagi memberi peringatan kepada mereka yang mahu ke negara terbabit atau sudah berada di sana,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Difahamkan mengikut rekod Wisma Putra, seramai 16,000 rakyat Malaysia kini menetap di Hong Kong termasuk 400 pelajar sedang melanjutkan pelajaran di wilayah terbabit.

Berikutan itu, Wisma Putra menasihatkan semua rakyat Malaysia di Hong Kong mendaftar dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong melalui e-mel.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dan perkhidmatan boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di talian +852 2821 0800 / + 852-6900-6390 [WhatsApp / WeChat] selepas waktu pejabat, +852 28651628 (Faks) atau e-mel [email protected]; Facebook: https://www.facebook.com/MALAYSIAinHongKongMacao atau Twitter: https: //twitter.com/MYCGHKSAR

Sebelum ini BH Online melaporkan, Hong Kong bergelut untuk kembali pulih, apabila pengangkutan awam terjejas dan infrastruktur rosak teruk, selepas pertempuran ganas yang mengundang amaran pertama dari tentera China.

Awal Oktober lalu, ramai penunjuk perasaan ditahan dan diusir mengikut undang-undang darurat baharu, selepas beberapa pertempuran paling ganas dalam bantahan selama empat bulan melumpuhkan bandar raya itu.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts