TMJ Mahu Wujudkan Program Realiti JDT Seperti Manchester City

by Oh! Semput


HOME Posted on 27 Mar 2019 10:02:30



Pemilik JDT – TMJ – menyuarakan hasrat beliau mahu menerbitkan program realiti seperti yang dilakukan oleh Manchester City.

Manchester City menerbitkan dokumentari berbentuk program realiti – paparan perjalanan pasukan tersebut sepanjang musim 2017/18.

Lantas idea itu telah menarik perhatian TMJ. Baginda berkata: “Apa pandangan anda jika JDT ada program tv bersiri sendiri? [Paparan] aksi di sebalik tabir – para pemain, jurulatih, akademi, pasukan pemasaran, pentadbiran, dan saya sendiri.”

What's ur opinion if JDT FC hv our own reality Tv series? Behind the scenes action. Players, Coaches, Academy, Marketing team, Administration and… mySelf. Smthing like wht Man City did. Shows the sleepless nights, working, negotiating with players, teams, plans, managing etc

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 25, 2019

“Sesuatu yang seperti dilakukan oleh Man. City pernah lakukan. Menunjukkan aksi berjaga sepanjang malam, bekerja, berunding dengan pemain, pasukan, pelan, pengurusan dan sebagainya.”

Idea itu ternyata disambut baik oleh ramai pengikut TMJ di twitter. Dan baginda kemudiannya menyatakan keseriusannya dalam perkara ini.

TMJ kemudian berkata: “Siri tv realiti JDT. Tiada lakonan. Kami akan memastikan ianya nyata. Kami akan realisasikannya untuk para peminat.”

JDT reality tv series. No acting. We're going to keep it real. We're going to make it happen. For the fans. We'll also include real unheard stories & events about what happens in the club – deals being struck, collaborations made, late night brainstorming, addressing issues, etc

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 25, 2019

“Kami juga akan memasukkan beberapa cerita yang tidak pernah orang dengar, tentang apa yang berlaku di dalam kelab – rundingan yang dilakukan, kolaborasi, sesi ‘brainstorming’ pada lewat malam, mengutarakan isu dan sebagainya.”

Idea yang agak menarik. Kerana musim ini adalah musim pertama JDT dalam ACL. Jika tidak dilakukan musim ini, mungkin pada musim akan datang.

Kelmarin juga TMJ berkongsi sedikit tentang apa yang berlaku di pusat latihan serta bilik persalinan JDT – dalam sesi yang ala ‘mini stadium tour’.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News