Siri Xiaomi 18 Pro Diperkenal Di China, Sah Masuk Malaysia Tahun Ini

by Oh! Semput


4
SHARES
53
VIEWS
Posted on 23 Sep 2026 14:30:13

Xiaomi sebentar tadi secara rasminya memperkenalkan Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max, telefon pintar flagship terbaharu yang membawakan evolusi skrin belakang (Back Display) serta pelbagai peningkatan keupayaan pemprosesan dan fotografi termaju.

Dari segi spesifikasi, Siri Xiaomi 18 Pro ini dikuasakan oleh pemproses mudah alih termaju dan terpantas di dunia dari Qualcomm, Snapdragon® 8 Elite Gen 6 dan Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 yang membolehkan pemprosesan kecerdasan buatan dijalankan secara terus pada peranti (on-device AI) walaupun dalam mod luar talian.

Siri Xiaomi 18 Pro juga menjadi peranti pertama dipacu cip pemproses terbaru Qualcomm Siri Snapdragon 8 Elite Gen 6.

Peranti ini turut menampilkan sistem kamera dwi-200MP Leica yang menyokong kualiti gambar tahap profesional, potret makro 200MP dari jarak 12cm, serta pratonton paparan belakang bagi memudahkan swafoto menggunakan kamera utama.

Antara spesifikasi utamanya yang lain termasuklah bateri karbon sehingga 8,500mAh menyokong pengecasan pantas 100W, skrin 6.4 inci dan 6.9 inci dengan ciri anti privasi, kamera hadapan 50MP dan menjalankan Xiaomi HyperOS 4.

Selain itu, Xiaomi turut memperkenalkan fungsi Xiaomi Privacy Display yang membolehkan pengguna mengawal privasi tetingkap, notifikasi, dan paparan skrin terbahagi secara pintar tanpa menjejaskan kualiti paparan.

Pengguna juga boleh menetapkan butang khas AI untuk mengaktifkan mod privasi ini dengan sentuhan pantas.

Untuk pasaran China, Siri Xiaomi 18 Pro tersedia dalam 4 varian iaitu pilihan RAM dari 12GB dan 16GB serta storan dari 256 GB hingga 1TB dengan harga bermula Yuan 5,999 (~RM RM3,600) hingga Yuan 9,999 (~RM6,100).

Bagi pasaran global, Siri Xiaomi 18 Pro ini dijangkakan bakal membuat kemunculan rasmi tidak lama lagi termasuk Malaysia pada tahun ini juga.

{suggest}

Siri Xiaomi 18 Pro Diperkenal Di China, Sah Masuk Malaysia Tahun Ini WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts