Xiaomi Lancar Siri TV Mini LED 2026, Harga Cecah RM13 Ribu

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 01 Mar 2026 07:30:21

Xiaomi memperluaskan lagi siri TV mereka dengan melancarkan Xiaomi TV S Mini LED 2026 Series yang hadir dalam saiz 5 pilihan saiz iaitu 55”, 65”, 75”, 85” dan 98”.

Xiaomi berkata, siri ini menggabungkan teknologi Mini LED local dimming bersama QLED quantum dot, menghasilkan kontras lebih kaya, warna lebih hidup dan pencahayaan lebih terang.

Dengan resolusi UHD 4K, HDR10+ dan Dolby Vision®, pengguna akan dapat menikmati pengalaman sinematik yang jelas walaupun di ruang bercahaya terang.

Dikuasakan oleh Xiaomi Visual Engine, TV ini menampilkan algoritma dimming pintar untuk paparan lebih semula jadi.

Dari segi audio, ia dilengkapi pembesar suara 15W berganda dengan sokongan Dolby Atmos® untuk bunyi seakan teater.

Bagi peminat permainan pula, kadar segar semula 144Hz boleh ditingkatkan sehingga 288Hz melalui Game Boost, memastikan kelancaran visual ketika bermain.

Sokongan Google TV, Apple AirPlay dan Wi-Fi 6 menjadikan lagi siri ini pusat hiburan moden, sesuai untuk tontonan harian mahupun permainan berprestasi tinggi.

Xiaomi TV S Mini LED 2026 Series ini yang sudah pun tiba di Malaysia ditawar pada harga bermula RM2,499 (55″) sehingga RM12,999 (98″).

Beli Xiaomi TV S Mini LED 2026 Series dari stor rasmi:

{suggest}

Xiaomi Lancar Siri TV Mini LED 2026, Harga Cecah RM13 Ribu WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts