Xiaomi Sindir Rekaan Takuk Melalui Video Iklan Mi 9T

by Oh! Semput


HOME Posted on 18 Jun 2019 18:00:55



Reading Time: 1 minute

Peranti terbaru dari Xiaomi, Mi 9T atau nama lainnya, Redmi K20, telah memasuki pasaran antarabangsa dan akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Jun ini. Peranti yang membawa keunikan kamera 20MP hadapan terangkat itu menjadi tarikan utama kerana ia salah satu keluaran terbaru dari Xiaomi yang tidak meletakkan  takuk pada paparan atas skrin, sekaligus menjadikan paparan skrin mudah dilihat tanpa gangguan.

Sindir-menyindir dalam pasaran bukanlah perkara asing lagi dan yang terbaru boleh dilihat pada video yang mengiklankan Mi 9T.

Dengan tajuk “Beware The NOTCH” ia mempunyai tiga episod dengan setiap satu daripadanya berdurasi 15 saat, menghidangkan babak menarik mengenai takuk.

Berikut adalah iklan video di kedai gunting rambut:

Iklan video di klinik gigi:

Iklan video di bilik solek:

Tren peranti dilengkapi dengan kamera terangkat semakin lama semakin banyak digunakan, dari segmen mampu milik hinggalah kepada model yang berstatus flagship. Takuk atau tanpa takuk? Mana satu pilihan anda selepas ini?

Baca lagi – Xiaomi Mi 9T Akan Dilancar Rasmi Untuk Malaysia Pada 20 Jun Ini

Mi 9T Pro Dikhabarkan Hadir Penghujung Ogos Ini

Xiaomi Sindir Rekaan Takuk Melalui Video Iklan Mi 9T WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News