by Oh! Semput
KUDAT: Para pegawai dan anggota harus memiliki sikap luar kepompong semasa masih bertugas dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Abdul Rashid Bin Harun berkata, mereka perlu berfikiran sebagai seorang pegawai dengan fakta yang padu.
Katanya, sebagai pegawai dan anggota dalam PDRM harus yakin dengan kepimpinan yang dimiliki dan tidak merasa rendah diri.
“Seorang pegawai yang berjaya seharusnya memiliki kuasa hakiki (pangkat), kuasa kepakaran, kuasa rujukan, kuasa ganjaran dan kuasa paksaan kecuali gila kuasa” katanya semasa memyampaikan amanat pada lawatan kerja di IPD di sini persaraan sempenanya selepas setahun menerajui Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Sabah.
Beliau berkata, kerjaya dalam PDRM seharusnya berlandaskan kepada kekemasan keterampilan, sikap positif, mematuhi arahan/undang-undang dan mempunyai hubungan baik diantara rakan sekerja.
Pesuruhjaya Polis itu turut mengingatkan kepada semua warga PDRM agar tidak saling mengecam atau mempertikai kenaikan pangkat rakan sekerja.
“Individu yang berbuat demikian seolah mempertikai Qada dan Qadar dari Allah” jelasnya.
Abdul Rashid dalam amanatnya juga menyeru semua lapisan warga PDRM menanam sifat kesetiaan kepada negara tanpa mengira isu kenegerian seperti pepatah ‘Di mana bumi dipijak, di situ bumi dijunjung’.
Dalam masa yang beliau menjelaskan bahawa tujuan penulisan biografi kerjaya beliau dalam PDRM khasnya menghadapi ancaman komunis dan pengganas Sulu.
Katanya, ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada generasi muda mengenai pengorbanan warga PDRM dalam memelihara kedaulatan negara.
Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Razarudin Bin Husain menegaskan beliau selaku Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah akan meneruskan visi dan misi Pesuruhjaya Polis Sabah yang memfokuskan usaha mempertahankan keselamatan negeri Sabah daripada dicerobohi oleh pengganas.
Katanya, Pesuruhjaya Polis Sabah merupakan seorang pemimpin yang berkaliber dan disegani oleh pemimpin kerajaan negeri serta masyarakat di negeri Sabah khasnya dalam memelihara keselamatan di negeri ini.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Kudat Supritendan Polis Douglas Nyeging Taong merakamkan penghargaan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk menjadi Ketua Polis Daerah ESSZONE yang sememangnya sentiasa berdepan dengan cabaran ancaman luar.
Beliau menyifatkan gaya kepimpinan Pesuruhjaya Polis Sabah yang memiliki integriti tinggi sepatutnya dicontohi oleh semua lapisan warga PDRM dalam melaksanakan penugasan harian.
Katanya, Pesuruhjaya Polis Sabah mempunyai ilmu yang tinggi terutamanya dari segi perancangan strategi peperangan menangani ancaman musuh demi memelihara kedaulatan negeri Sabah.
Pengerusi Perkep Kontinjen Sabah Datin Ainal Marhanim Abdul Ghani, Pengerusi Perkep IPD Kudat Puan Rebecca Ak Sidang dan pegawai-pegawai kanan IPK Sabah dan IPD Kudat.