Zaki Yamani & Yamani Abdillah juara Famili Duo musim kedua, bawa pulang RM100,000

by Oh! Semput


15
SHARES
200
VIEWS
Posted on 06 Feb 2023 00:00:29

Selepas tujuh minggu berentap, pasangan Zaki Yamani & Yamani Abdillah telah dinobatkan sebagai juara bagi program realiti nyanyian Famili Duo musim kedua dengan mengalahkan tiga pasangan yang lain sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Difahamkan, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah tampil dengan persembahan mantap menerusi dua buah lagu iaitu Potret dan Pelukan Angkasa serta Bunga dan Kau Pun Sama yang bertemakan lagu daripada Anugerah Juara Lagu (AJL) dan bebas.

alt

Dalam pada itu, di tempat kedua pula adalah Ayda Jebat dan Fyna Jebat membawa pulang wang tunai RM 20,000, manakala pasangan di kedudukan ketiga, Bella Astillah dan Wani Kayrie membawa pulang 15,000 disusuli pasangan Sissy Imann dan Naim Daniel di tempat keempat.

alt

Sekadar info, pertandingan Famili Duo tersebut telah dikendalikan oleh pengacara Janna Nick dan Sean Lee serta terdapat dua juri tetap yang memberi markah kepada para peserta iaitu komposer terkenal Ajai dan juga penyanyi dangdut popular, Mas Idayu.

Malah, musim baharu Famili Duo dibawakan khas penaja bersama iaitu Good Virtues Co dan Polident.

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts