by Oh! Semput
Pada hari ini, apabila anda melayari halaman utama YouTube, pelbagai video dipaparkan kepada anda melalui algoritma yang ditetapkan oleh YouTube, tanpa anda boleh mengawalnya. Perkara ini dijangka akan berubah tidak lama lagi.

Pada acara yang diadakan hari ini, YouTube mengumumkan sebuah ciri baharu dinamakan “Custom Feeds”. Melaluinya, ia menggunakan sokongan kecerdasan buatan, dimana anda boleh memasukkan arahan untuk paparan koleksi video variasi apa kepada anda, dan seterusnya sebuah paparan khusus akan dihasilkan kepada anda.
Langkah ini akan memudahkan lagi anda mengikuti video yang anda gemari, disamping membolehkan anda menemui lebih banyak kandungan menarik melalui YouTube. Pengguna turut boleh menetapkan beberapa pilihan “Feed” berbeza yang boleh dipilih melalui bahagian tab pada halaman utama YouTube.
Ciri ini akan ditawarkan bermula dengan pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Tiada sebarang tarikh diberikan untuk pengenalan ciri sama untuk pengguna global.