Vivy Yusof Kembali Tulis Blog, Peminat Perlu Langgan USD5 Sebulan Kalau Nak Baca

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 09 May 2025 13:31:16

Selepas teruk dikecam susulan isu perniagaannya, usahawan serta pempengaruh dikenali ramai, Datuk Vivy Yusof mengambil jalan dengan menguncikan (private) akaun media sosialnya tahun lalu demi ketenangan diri.

Vivy kembali menulis blog

Bagaimanapun, pada April lalu, Vivy telah membuka satu akaun baru yang boleh diikuti oleh pengikut serta kembali menulis blog, seperti yang pernah dilakukannya 20 tahun yang lalu di Proudduck.

Advertisement

Cumanya, penulisan blog kali ini ditulis di platform yang khas untuk penghasil konten yang menghasilkan bahan bacaan berlanggan.

sincerely vivy

Terima kasih kerana sudi mengikuti bab baharu dalam hidup saya ini, ke mana sahaja ia akan membawa saya. Saya juga telah membuat keputusan untuk menjadikan Sincerely, Vivy sebagai langganan berbayar.

Bayar RM20.99 sebulan atau RM239.92 setahun

Jika seseorang itu membayar, individu terbabit boleh melihat penulisan Vivy dengan lebih ‘rapat’, di mana posting baru dikeluarkan setiap hari Selasa, dapat kod diskaun istimewa untuk jenama Vivy serta menjadi pembaca terawal untuk penulisan terbaru usahawan itu.

sincerely vivy

Sekadar info, Vivy menawarkan dua pilihan untuk melanggan blog itu iaitu USD5 (RM20.99) sebulan atau USD55 (RM230.92) setahun.

Difahamkan, langganan berkenaan boleh dijadikan sebagai gift serta boleh dibatalkan pada bila-bila masa.

vivy yusof SLE
1 day ago

"Rasa Risau Dan Sedih, Saya Taknak Jadi Begitu.." - Vivy Yusof Dedah Hidap SLE

Vivy Yusof Kembali Tulis Blog, Peminat Perlu Langgan USD5 Sebulan Kalau Nak Baca first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts