by Oh! Semput
Pelakon Datuk Yusry Abdul Halim gagal menahan air mata apabila mendengar ucapan istimewa daripada isterinya, Datin Lisa Surihani, setelah berjaya membawakan watak dalam drama terbaharunya sehingga menjadi fenomena di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, Yusry dilihat mendapat satu kejutan daripada Lisa yang kini berada di Tanah Suci dalam satu sesi temu bual bersama sebuah stesen radio, ERA.
@era.je Datuk @yusryabdhalim sebak bila dengar voice note Datin @lisasurihani dari Makkah, dengan ayat ringkas tapi penuh makna, “you did so well.” Semoga pasangan ini terus kekal bahagia sampai ke jannah & urusan Datin @lisasurihani di Tanah Suci sentiasa dipermudahkan