Zahid, Hadi 'Kembali' Bertemu: Spekulasi Muafakat Nasional Hidup Semula Cerah !

by Oh! Semput


0
SHARES
6
VIEWS
Posted on 23 Sep 2022 11:01:07

 

KUALA LUMPUR - Pertemuan Presi­den UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presi­den PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menguatkan cakap-ca­kap Muafakat Nasional (MN) dihidupkan kembali bagi mengelakkan pertembungan dua parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Difahamkan, pertemuan itu berlangsung Selasa lalu dan keputusan perbincangan itu bakal dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Ter­tinggi (MKT) UMNO, 30 Sep­tember ini.

Ketua Penerangan PAS, Ir. Khairil Nizam Khirudin yang enggan mengulas pertemuan itu berkata, MN mempunyai pe­luang cerah untuk dihidupkan semula.

“Pertemuan di peringkat ter­tinggi itu memang ada tetapi saya tidak perlu dedahkan siapa pemimpin tersebut.

“Cuma saya boleh katakan peluang MN itu cerah untuk mengelakkan pertembungan pa­da PRU nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS kekal dengan pendirian menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai rakan ta’awun, sekali gus tidak bersetuju sama sekali dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh pada PRU-15.

Katanya, Pas yakin gabungan atas konsep penyatuan ummah dan perpaduan nasional sahaja mampu menjadi formula terbaik dan berkesan serta diterima oleh majoriti pengundi.

Tambahnya, musuh sebenar penyatuan ummah adalah Pakatan Harapan (PH) dan sekutu-sekutunya termasuk ‘Khemah Besar’.

“Konsep ini ke arah mewujudkan sebuah kerajaan prihatin rakyat dengan langkah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada seluruh rakyat di samping pada masa yang sama memberikan perhatian khusus kepada aspek semak dan imbang, “ jelas Takiyuddin.

Piagam MN dimeterai UMNO dan PAS pada 14 September 2019. Ia antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

Piagam berkenaan ditandatangani kedua-dua presiden parti itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur dalam Himpunan Penyatuan Ummah.

Setiausaha Agung UMNO dan PAS menjadi saksi kepada majlis tandatangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Khairil mengesahkan akan ada pertemuan susulan selepas ini antara kedua-dua parti itu bagi membincangkan persediaan menghadapi PRU.

“Kita sokong usaha pertemuan di peringkat tertinggi dan Pas perlu tingkatkan usaha melakukan tanggungjawab ini.

“Akan ada pertemuan selepas ini sama ada secara formal atau tidak formal,” ujarnya lagi. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts