Zed Zaidi syukur dilantik sebagai AJK Finas

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 30 Jun 2020 15:03:24

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). — Foto ihsan Facebook/rozaidijamil
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). — Foto ihsan Facebook/rozaidijamil

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi meluahkan rasa syukur di atas pelantikannya sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Zed, 40, berkata demikian di laman sosial Instagram sambil mendedahkan surat pelantikannya, hari ini.

“Alhamdulillah saya akan menjaga amanah dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Terima Kasih Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Finas,” katanya.

Berdasarkan keterangan surat, keputusan melantik Zed dibuat pada mesyuarat khas Finas yang mana ia berkuat kuasa bermula 19 Jun sehingga 22 Mei 2022.

Giat menjalankan kempen ‘Bantuan Khas Covid-19 Penggiat Seni Malaysia (COVIDSENI-2020) sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyertaan Zed bersama Finas diharap mampu membela nasib para seniman.


 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts