Zalora Tidak Sengaja Jual Baju ‘Fake’ Dalam Talian?

by Oh! Semput


HOME Posted on 01 Jul 2020 18:06:12



Zalora merupakan salah satu portal dalam talian untuk peminat fesyen tempatan membeli pakaian terkini di pasaran. Secara dasarnya, Zalora hanya menjual produk original sahaja di laman dalam taliannya dan anda bebas membuat pembelian tanpa ragu-ragu.

Namun, ketika melayari laman ini, secara tidak sengaja kami melihat satu rekaan daripada salah satu jenama yang berada di Zalora, Happy Fridays menjual tshirt dengan tulisan Palm Angels.

Tomaz Gaming Chair Cover

Palm Angels merupakan jenama yang diasaskan oleh Francesco Ragazzi, pereka fesyen yang berasal dari Itali yang sebelum ini berkhidmat untuk jenama Monclear. Walaupun baru diasaskan pada 2015, jenama Palm Angels kini boleh didapati di 210 butik mewah di seluruh dunia.

Jenama Palm Angels ini tidak murah kerana sehelai baju dengan perkataan simple Palm Angels besar di belakang dijual pada harga USD288 (~RM1,233). Jadi, agak pelik apabila baju ini boleh dijual di Zalora pada harga ‘hanya’ RM203.

Palm Angels Zalora

Rekaan baju tshirt Palm Angels yang dijual di Zalora

palm angels zalora 2

Harga sebenar produk Palm Angels yang mencecah harga USD288 (~RM1,233)

Apabila membuat lebih kajian lanjut untuk jenama Happy Fridays ini, kami mendapati jenama ini turut ‘meniru’ rekaan jenama fesyen antarabangsa yang lain seperti Off-White, Fear Of God dan banyak lagi.

Baju band ternama seperti Metallica, Pink Floyd dan Scorpions turut dijual dan diragui status aslinya. Sekiranya anda mahu buat pembelian di Zalora, kami menasihati anda untuk hanya membeli pakaian, aksesori dan kasut daripada jenama ternama yang ada di Zalora seperti Vans, adidas Timberland dan lain-lain.

Ini pula beberapa artikel lain berkaitan ‘fake’. Baca lagi pada pautan di bawah.

Jenama ‘Copy Ori’ Supreme Akhirnya Tewas Di China

Instagram Ini Dedahkan Instafamous Dan Selebriti Yang Menggayakan Barang ‘Fake’

Lihat Layanan Yang Anda Akan Terima Jika Ke Butik Tiruan Silk Market, China

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...