Kurt Zouma dipinjamkan ke Stoke

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 22 Jul 2017 06:00:58

PERTAHANAN Chelsea, Kurt Zouma telah menyempurnakan perpindahan secara pinjaman ke Stoke City selepas melanjutkan kontraknya untuk kekal sebagai pemain Chelsea sehingga 2023.

Pemain berusia 22 tahun itu hanya membuat tiga penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu selepas pulih daripada kecederan ligamen lutut.

Kehadiran Antonio Rudiger dari Roma awal bulan lalu menggugat tempat Zouma dan dia bakal mengharungi musim 2017-18 di Stadium Bet365.

"Ia amat menakjubkan kerana Zouma memilih untuk memberikan komitmen jangka panjang bersama Chelsea," kata pengarah teknikal Chelsea, Michael Emenalo.

"Dia telah mempamerkan bakatnya sejak tiba tiga tahun yang lalu dan Zouma telah kembali pulih daripada kecederaan yang serius.

"Dia kini memiliki peluang untuk beraksi secara tetapdalam EPL dan kami akan memantau perkembangannya ketika bermain untuk Stoke."

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts