Tg Zulpuri: Rakyat "Tolak" Dakyah Perkauman "Memburukkan" DAP !

by Oh! Semput


1
SHARES
19
VIEWS
Posted on 22 May 2018 14:00:48


KUALA LUMPUR: Kempen berbaur perkauman dan sentimen agama yang dimomokkan jentera propaganda dan tentera siber UMNO-Barisan Nasional (BN) ke atas DAP sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-14 terbukti gagal mempengaruhi majoriti rakyat negara ini.

Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, rakyat sebaliknya semakin bijak dan berhati-hati menerima sebarang maklumat sebelum membuat sebarang kesimpulan.

“Keputusan PRU14 lalu yang menyaksikan BN kehilangan kuasanya adalah bukti rakyat semakin sedar dan menolak kempen jahat untuk menakut-nakutkan mereka.

“Strategi yang banyak dipropagandakan jentera kempen BN sudah tak laku dan ketinggalan zaman.

“Rakyat lebih memikirkan tentang masa depan negara dan peluang-peluang ekonomi yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi kepada Roketkini.

Beliau juga membidas segala dakwaan kempen jahat memburuk-burukkan DAP yang menggambarkan kononnya tokoh veteran parti Lim Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) membentuk kerajaan.

“Apa yang cuba digambarkan selama ini itu langsung tak benar. Jadi menteri pun (Lim Kit Siang) tolak. Bukankah dakwaan semacam ini jelas berbohong kepada rakyat?” soal tengku Zul.

Ditanya mengenai buku yang dilancarkan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Annuar Musa tahun lalu berjudul  ‘DAP Bahaya Kepada Melayu-Islam Di Malaysia’, Tengku Zul menasihatkan Ahli Parlimen Ketereh itu supaya ‘insaf’.

Buku berkenaan memuatkan 16 rencana hasil pertandingan penulisan memburuk-burukkan DAP anjuran bekas menteri UMNO itu.

Sebagaimana dilapor media, pemenang utama pertandingan menulis rencana memburuk-burukkan DAP dan Lim Kit Siang itu menerima hadiah RM10,000 manakala 25 pemenang yang terpilih menerima hadiah berjumlah RM50,000.

“Jadi saya menyeru agar semua pihak selepas ini boleh berpolitik dengan matang dan berfakta. Malaysia memasuki era baru, sudah-sudahlah dengan kempen cara begini,” katanya lagi. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts