1Global Club (1GC) Rasmi Dilancarkan

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 27 Nov 2016 13:00:24


1GlobalClub telah dilancarkan secara rasminya pada 23 Nov 2016 lalu  di Putarajaya

Upacara telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) Datuk Madius Tangau dengan disertai oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Global Club, Dato Verdon Bahanda dan disertai oleh para Ahli Lembaga Pengarah.

Turut hadir dalam adalah Mr. Nico Barito, Duta Khas Seychelles untuk ASEAN, merangkap Setiausaha Agung bagi Forum Perniagaan Kecil Sederhana Afrika Asean dan juga Dato Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation Malaysia (MDeC).

Dalam ucapan pembukaannya Verdon melahirkan rasa teruja di atas peningkatan penerimaan 1globalclub atau ringkasnya 1GC ini dengan jumlah keahlian ahli berbayarnya kini yang berjumlah lebih 16 ribu orang ketika ianya dilancarkan secara dalam talian pada bulan Julai 2016 yang lalu.

Platform 1GC merupakan satu platform media sosial unik yang mengabungkan elemen aktiviti perkongsian (share), sosial (socialize) dan penghargaan (rewards) di atas setiap aktiviti-aktiviti ahlinya di dalam laman sosial 1GC.

“Ia adalah pilihan baru media sosial, satu gaya hidup baru yang mampu membina jaringan perniagaan sesama pengguna sama ada kecil, sederhana atau besar.

“1GC juga mendekatkan peniaga kepada pengguna dalam platform yang menghubungkan penggunanya di seluruh dunia kelak.

“Dan yang menariknya, setiap ahli berbayarnya mampu dan berpeluang menjana pendapatan sampingan melalui rewarding systemnya iaitu lebih 70% pendapatan syarikat akan dikongsi semula kepada ahli.

Sementara itu Madius Tangau dalam ucapan perasmiannya berkata, Kementeriannya menyokong penuh usaha Dato Verdon dan pasukannya dan amat bangga dengan kemampuan anak Malaysia mencipta satu inovasi baru yang menurut beliau belum ada lagi seumpamanya di dalam mana-mana platform berteraskan media sosial.

Dengan inovasi itu, kerajaaan melalui MOSTI telah menganugerahkan surat pengiktirafan inovasi perniagaan kepada 1GlobalClub.

Surat Pengiktirafan 1global Club

Surat Pengiktirafan daripada MOSTI disampaikan oleh Madius kepada Verdon yang mewakili 1globalclub

Mr. Nico Barito, Duta Khas Republic Seychelles dan juga merupaka Setiausaha Agung Forum Perniagaan Kecil dan Sederhana bagi Afrika Asean, menawarkan kerjasama dengan 1GC untuk mengembangkan platform 1GC ke benua Afrika yang memiliki 1.2 bilion jumlah pengguna internet.

“1GC adalah media perhubungan dan jaringan yang sangat luas untuk pengusaha SME di benua Afrika.

“Pengguna benar- benar memiliki sosial media yang amat bermakna kerana dalam kita meluangkan masa melayari laman sosial dalam masa yang sama menjana pendapatan peribadi,” tambah beliau.

Di malam pelancaran, dewan penuh sesak dengan para ahli dan juga pengunjung yang datang mendaftar sebagai ahli-ahli baru.

Sebanyak 100 unit telefon bimbit keluaran GOMAX juga sebagai jenama rasmi telefon pintar 1GC telah diberikan kepada para pengunjung sebagai hadiah cabutan tiket bertuah.

500 ahli baru terawal yang datang mendaftar sebagai ahli berbayar pada malam tersebut turut membawa pulang set telefon pintar sebagai buah tangan.

Dalam majlis yang sama, 1GC telah menandatangani MOU dengan MyTradeZone selaku gateway payment mengunakan kad Debit VISA ahli- ahli 1GC yang telah memiliki pendapatan diewallet mereka.

Tandatangan disempurnakan oleh Dato Verdon mewakili 1GC dan Mr. Gary Goh Sau Loong bagi pihak MyTradeZone.

Pengguna boleh mendaftar secara dalam talian melalui laman sesawang www.1gc. my.


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts