KKM Nafi Ada Lonjakan Pesakit Rohingya Di Hospital Kerajaan, Dakwa Hanya Persepsi Masyarakat

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 17 Jun 2026 06:32:41

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan terdapat peningkatan luar biasa kehadiran etnik Rohingya di fasiliti kesihatan kerajaan setakat ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan menunjukkan berlaku lonjakan pesakit daripada etnik berkenaan, malah menyifatkan perkara itu lebih kepada persepsi masyarakat.

Advertisement
KKMBuletin TV3  

“Saya ingat biasa sahaja, belum ada apa-apa ‘surge’ atau lonjakan. Tetapi kalau ada laporan-laporan seperti ini, kami akan (siasat). Setakat ini tiada.”

“Mungkin persepsi di luar sana dalam keadaan suasana hari ini, semua tertumpu dan bersasar kepada Rohingya, tapi ‘over and above’ ia adalah satu yang sifatnya biasa sahaja. No ‘surge’ above baseline yang kita perhatikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Pelaksanaan Inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA), hari ini.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly menegaskan warga asing termasuk etnik Rohingya tidak menerima subsidi kerajaan dan dikenakan caj rawatan lebih tinggi berbanding rakyat tempatan.

Menurutnya, caj pesakit luar pakar bagi warga asing adalah RM120, manakala rakyat Malaysia hanya dikenakan bayaran antara RM1 hingga RM5.

Mengulas mengenai bil rawatan tertunggak, beliau berkata kebanyakan tunggakan melibatkan pendatang tanpa izin, namun jumlah tersebut menunjukkan trend penurunan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Bil tertunggak sedang menurun. Kita nampak satu penurunan yang kita dapat atasi tahun demi tahun.”

“Yang kita tanggung pada 2024 adalah RM33.46 juta berbanding 2023 yang lebih tinggi, RM34.9 juta atau RM35 juta. Jadi ia dilihat menurun,” jelasnya.

Bagaimanapun, KKM tetap melaksanakan Dasar Kecemasan Kemanusiaan atau ‘No Wrong Door Policy’ yang memastikan individu dalam keadaan kecemasan kritikal atau mengalami komplikasi bersalin tidak ditolak daripada menerima rawatan.

Pada masa sama, KKM turut memperketat mekanisme kutipan bayaran termasuk mewajibkan deposit sebelum rawatan, mengambil tindakan terhadap majikan yang gagal menjelaskan bil pekerja asing serta bekerjasama dengan Jabatan Imigresen, UNHCR dan NGO bagi mengurangkan isu tunggakan bayaran. – Buletin TV3

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dua anggota tentera
2026-06-16 15:36:34

Dua Anggota Tentera Maut Disyaki Akibat upan Bom Ketika Latihan Di Kem Hobart

KKM Nafi Ada Lonjakan Pesakit Rohingya Di Hospital Kerajaan, Dakwa Hanya Persepsi Masyarakat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts