Mengumpul harta atau menghabiskan wang untuk mengembara?

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 03 Mar 2017 03:16:18

Sudah menjadi trend zaman sekarang, ramai anak muda gemar  mengembara, tidak kiralah dalam negara atau ke luar negara.
 
Bila sebut tentang mengembara, sudah pasti ia melibatkan kos dan perbelanjaan yang agak tinggi. Ramai antara kita masih lagi dibelenggu dengan pemikiran mengumpul duit dan harta adalah lebih baik daripada menghabiskan wang untuk keluar mengembara.
 
Namun, sebuah status yang dimuat naik oleh seorang pengembara muslimah ini bakal membuka mata anda tentang nilai sebuah pengembaraan yang tiada tolok bandingannya dengan segala harta di dunia.
 
"Kau ada duit, buatlah apapun. Asalkan tak beli benda yang Tuhan marah. Cuma jangan biasakan mulut berkata beli rumah dulu, dah ada harta baru fikir travel."
 
Tidak salah untuk mengumpul harta, malah menurutnya lagi jika mampu buatlah kedua-duanya sekali.
 
Dia juga amat menggalakkan dan menyeru sesiapa sahaja untuk keluar mengembara untuk mendapatkan pengalaman sebanyak mungkin merantau di negara orang. Malah dalam Islam sendiri, perkara ini amat digalakkan.
 
Foto: FB Nota Perempuan Backpacker
"Pergi travel. Kita masih boleh hidup secara nomad - berjalan dan berumah di mana-mana saja asalkan jangan kau ceroboh rumah dan pejabat orang lain."
 
Statusnya ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang bersetuju, namun ada juga yang membangkang pendiriannya.
 
Walau apa pun, masing-masing mempunyai sebab yang tersendiri. Hormatilah pandangan peribadi masing-masing. Cuma apa yang ditekankan di sini adalah betapa berharganya sebuah pengembaraan dan cara untuk menggunakan waktu anda dengan sebaik mungkin.
 
Pendapat anda pula bagaimana?

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts