Jelajah 'Kancil' Tiba Di Pahang, Rafizi Bersama Nik Nazmi Akan Berada Di BCIC Lounge Bandar Indera Mahkota Pada Jam 8.00 Malam Ini

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 20 Jun 2026 20:01:56

KUANTAN: Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama sekutunya, bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad akan meneruskan siri Jelajah Kancil ke negeri Pahang bermula hari ini.

Program tersebut dilaporkan akan diadakan di BCIC Lounge, Bandar Indera Mahkota bermula pada jam 8.00 malam.

Difahamkan, kerusi Parlimen Indera Mahkota adalah kawasan tumpuan Parti Bersama Malaysia (Bersama) untuk meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 tidak lama lagi.

Tambahan pula bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota, Haji Zuraidi Ismail antara yang terawal di Pahang yang secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu bulan lalu.

Difahamkan, ramai ahli akar umbi PKR cabang itu akan mengikut jejak langkah beliau dalam masa terdekat ini. 

Kerusi Parlimen Indera Mahkota kini panas kerana desas desus Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Farhan Fauzi dijangka akan bertanding di situ. 

Pada April, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang  itu mengakui beliau telah diamanahkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum akan datang. #pahangdaily


http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts