by Oh! Semput
Pelakon Abby Abadi tampil membalas komen seorang netizen yang mendakwa menantunya, Ahmad Aslam, sudah mengetahui dirinya tidak menyukai lelaki berkenaan serta menggesa agar pasangan itu berpisah.

Bagaimanapun, Abby menegaskan dia tidak pernah membenci sesiapa, sebaliknya hanya mahu Aslam sedar akan kedudukan dan kemampuan dirinya sebagai seorang lelaki serta suami.

Dalam pada itu, Abby turut mempersoalkan sikap Aslam yang didakwa tidak memainkan peranan sewajarnya sebelum dan selepas perkahwinan dengan anaknya, Marissa Dania.
Menurutnya, meskipun kedua-dua pihak mempunyai kesalahan masing-masing, namun sebagai lelaki, Aslam sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menguruskan hal rumah tangga.
Abby dalam masa sama meluahkan rasa kesal apabila mendakwa perkahwinan tersebut berlaku tanpa pengurusan yang baik, selain mempersoalkan tindakan Aslam yang didakwa melafazkan talak sesuka hati.

Pelakon itu turut menjelaskan bahawa dia telah memberi ruang dan masa kepada Aslam untuk memperbetulkan keadaan, namun mendakwa tiada usaha sewajarnya dilakukan oleh lelaki berkenaan.
Sebelum ini, peguam kepada Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, memaklumkan bahawa pasangan itu kini telah memperoleh sijil nikah yang sah, sekali gus membolehkan proses pendaftaran seterusnya dilakukan mengikut lunas undang-undang.
Semalam, pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan pertama kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk di hadapan Hakim Syarie, Nadia Khamis.
Ammar turut memaklumkan bahawa Aslam pernah melafazkan cerai terhadap Marissa di luar mahkamah masing-masing pada September 2024 dan Jun 2025. Namun, pasangan itu difahamkan kembali rujuk sebagai suami isteri dalam bulan yang sama bagi kedua-dua lafaz tersebut.

Artikel lain: Isu nikah Marissa, netizen persoal tanggungjawab Norman Hakim sebagai bapa – “Sanggup biar anak…”
Pada Mei tahun lalu pula, Aslam dan Marissa pernah hadir ke mahkamah sama bagi proses pengesahan pernikahan selepas mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Difahamkan ketika itu, Aslam masih berstatus suami kepada Umisya Mazlan dan perkahwinan tersebut didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama serta keluarga, termasuk ibu bapa Marissa, Norman Hakim dan Abby Abadi.
: Threads abbyabadi_112