Abang Tiri Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un Dibunuh di KLIA Semalam - Laporan

by Oh! Semput


10
SHARES
127
VIEWS
Posted on 14 Feb 2017 15:01:31


Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dipercayai dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, lapor beberapa portal antarabangsa dan tempatan.

Menurut agensi berita Korea Selatan,Yonhap, sumber kerajaan Seoul berkata Kim Jong Nam dipercayai dibunuh semalam tetapi tiada maklumat lanjut yang diberikan.

Sementara itu, stesen televisyen Korea Selatan, Chosum berkata, mangsa berusia 45 tahun itu dibunuh dua ejen wanita yang tidak dikenali menggunakan jarum beracun di lapangan terbang di Kuala Lumpur.

Menurut beberapa sumber kerajaan Korea Selatan, dua wanita terbabit melarikan diri menaiki teksi selepas itu, katanya.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan seorang lelaki korea berusia 40-an ditemui sakit di KLIA semalam sebelum dihantar ke hospital tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.

“Kami tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai lelaki Korea ini. Kami belum mengesahkan identitinya,” katanya.

Kedua-dua Jong Nam dan Jong Un adalah anak kepada pemimpin Korea Utara, Kim Kong Il yang meninggal dunia pada 2011, tetapi mempunyai ibu berlainan.

: Siakap Keli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts