by Oh! Semput
Pada pertengahan bulan ini, Apple telah mengadakan acara “Welcome home” untuk memperlihatkan penawaran produk seperti Apple HomePod Mini 2 dan Apple TV 4K baru untuk kegunaan di rumah. Terkini, Apple telah mengeluarkan jemputan untuk satu lagi acara dengan tema “Pro and tell”.
Acara tersebut akan berlangsung pada 28 Oktober di Los Angeles, dan jangkaan orang ramai berdasarkan tema yang diperlihatkan, Apple akan memperlihatkan penawaran komputer riba Apple MacBook Pro terbaru mereka. Selain daripada kemaskini dari segi rekaan, Apple juga dijangka akan memperlihatkan penawaran MacBook Pro pertama yang menggunakan panel skrin OLED dan juga sokongan untuk ciri sesentuh. Ia juga dijangka bahawa komputer riba ini akan dikuasakan oleh cip Apple M5 Pro dan M5 Max.

Apple juga akan memperlihatkan kemaskini kepada komputer desktop iMac dan Apple MacBook Pro yang akan dikuasakan oleh cip Apple M6 yang terbaru. Disamping itu, kemaskini kepada tablet Apple iPad Mini juga dijangka akan diperlihatkan, dengan penggunaan panel skrin OLED, pembesar suara baru dan kamera FaceTime kamera yang dinaiktaraf.