Siri Honor WIN 2 Dilancarkan Dengan Skrin 2K 185Hz Dan Bateri 12070mAh

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 21 Oct 2026 14:00:37

Selepas kejayaan bateri 11,000mAh, Honor melangkah lebih jauh dengan siri telefon gaming terbaharunya WIN 2. Tiga model diperkenalkan iaitu WIN 2 sebagai model utama dengan spesifikasi paling berkuasa, WIN RT2 dengan prestasi stabil Bersama bateri besar, dan WIN Turbo2 sebagai pilihan asas tetapi masih boleh diharapkan.

Honor WIN 2 menggunakan skrin 2K 185Hz Oasis Display dengan sokongan lebih 40 permua kadar bingkai tinggi, kecerahan maksimum 10,000 nit serta perlindungan mata TÜV Rheinland. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 bersama sistem penyejukan berkembar Dongfeng Twin Star Turbine untuk memastikan prestasi kekal stabil dengan pengaliran haba yang lebih baik.

Peranti turut menjalankan sistem MagicOS 11 dengan penambahbaikan sokongan permua serta ciri AI terkini, pada masa sama dilengkapi pembesar suara stereo bersama pemprosesan AI yang mampu menghasilkan kesan bunyi lebih tepat dari pelbagai arah. Ia juga hadir dengan bateri 10,100mAh Qinghai Lake yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 80W nirwayar. Sistem kameranya pula terdiri daripada lensa utama 200MP dan 12MP manakala kamera swafoto beresolusi 50MP.

Honor WIN RT2 menggunakan skrin yang sama seperti WIN 2. Selain itu, ia dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite dengan padanan sistem penyejukan berkembar Dongfeng Twin Star Turbine (Dual-Fan) bagi memastikan pengaliran haba lebih baik. Sistem operasinya ialah MagicOS 11 dengan sokongan ciri AI terkini termasuk penambahbaikan untuk permainan.

Bateri berkapasiti 12,070mAh digunakan menyokong pengecasan pantas 90W berwayar serta 27W berbalik berwayar tetapi tiada sokongan pengecasan nirwayar diberikan. Melengkapinya ialah sistem kamera yang terdiri daripada lensa utama 200MP bersama lensa ultra lebar 12MP, manakala kamera swafoto beresolusi 50MP.

Honor WIN Turbo2 menggunakan skrin OLED 6.89″ beresolusi 2K dengan kadar segar semula 185Hz. Ia dipadankan dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 bersama sistem penyejukan tanpa kipas (Fanless Architecture) bagi memastikan prestasi kekal stabil. Sistem kameranya terdiri daripada lensa utama 50MP dengan sokongan OIS, ultra lebar 12MP serta swafoto sebesar 50MP. Peranti ini turut hadir dengan bateri 12,070mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 27W berbalik berwayar.

Semua peranti Honor WIN hanya ditawarkan di China buat masa ini dengan harga bermula seperti berikut:

  • Honor WIN 2 – bermula RMB5,499 (~RM3,359).
  • Honor WIN RT2 – bermula RMB4,199 (~RM2,565).
  • Honor WIN Turbo2 – bermula RMB3,199 (~RM1,954).

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts