by Oh! Semput
Bagi anda yang membangunkan startup atau syarikat berasaskan teknologi terutamanya di Pulau Pinang, kini sebuah acara Founders & Funders akan dianjurkan pada 26 November 2026 ini, yang menemukan pelbagai pembangun syarikat dan juga pelabur, termasuk memperlihatkan perkongsian dalam pembangunan syarikat dari fasa awal, sehingga mencapai penyenaraian di IPO.

Pada acara ini, ramai pengasas terutamanya yang lahir atau berpusat di Pulau Pinang akan melakukan perkongsian, termasuk Pinn Yang dari Foodie Media, Timothy Tiah dari Colony, Richard Ker, Chen Chow, dan ramai lagi.
Bagi anda yang berhasrat menyertai Founders & Funders boleh melakukan pendaftaran melalui laman rasmi hari ini, dan menggunakan kod AMZ2026EPF untuk diskaun pembelian tiket.