Arm Mencatatkan Nilai Hasil $1.44 Bilion Pada Suku Kedua Tahun Ini – 10 Bilion Cip Arm Dipasarkan Pada Suku Ini Sahaja

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 05 Nov 2026 07:00:55

Sewaktu pembentangan kewangan syarikat mereka baru-baru ini, Arm mengumumkan bahawa mereka telah mencatatkan nilai hasil pendapatan setinggi $1.44 bilion (~RM5.8 bilion) pada suku kedua tahun kewangan 2027, yang mana ia merupakan peningkatan dari tahun-ke-tahun sebanyak 27 peratus berbanding suku kedua tahun kewangan lepas.

Arm mengatakan bahawa angka ini merupakan jumlah pendapatan untuk suku kedua tertinggi mereka setakat ini, didorong oleh jumlah pendapatan yang tinggi dari bahagian pelesenan dan lain-lain yang mencatatkan pendapatan $773 juta, iaitu peningkatan 50 peratus dari tahun-ke-tahun. Malah, pendapatan daripada royalti penggunaan teknologi mereka yang diterima juga dilaporkan setinggi $670 juta, dimana royalti daripada penggunaan teknologi cip mereka oleh sektor pusat data dilihat meningkat dua kali ganda dari tahun-ke-tahun.

Arm juga melaporkan bahawa rakan-rakan pembangun dan pengeluar cip mereka melaporkan bahawa sebanyak 10 bilion cip Arm telah dipasarkan dalam suku ini sahaja, iaitu peningkatan sebanyak 1.5 bilion cip berbanding suku sama pada tahun lepas. Ini adalah kalli pertama ia dilihat bahawa lebih 10 bilion cip Arm telah dipasarkan dalam satu suku sahaja.

Malah, dalam pembentangan kewangan ini, Arm menyatakan keyakinan bahawa mereka boleh mencapai angka pendapatan setinggi $2 bilion melalui teknologi cip AGI mereka sahaja menjelang penghujung tahun kewangan 2027 ataupun 2028.

Arm mengatakan bahawa ermintaan untuk cip pemprosesan AGI Arm untuk pusat data AI kini dalam permintaan yang sangat tinggi, dimana Arm turut melaporkan bahawa pesanan pembelian untuk cip-cip ini sudahpun disahkan oleh pelanggan sepanjang tahun 2027 akan datang, tidak begitu berbeza dengan permintaan untuk memori dan storan oleh sektor pusat data. Arm mengatakan bahawa penghantaran untuk cip AGI mereka akan bermula pada suku keempat tahun kewangan 2027, ataupun pertengahan tahun hadapan.

Bahagian pasaran pelayan berasaskan Arm dalam kalangan penyedia perkhidmatan awan berskala besar (hyperscaler) utama telah meningkat lebih daripada tiga kali ganda daripada 15 peratus pada tahun kalendar 2024 kepada lebih 50 peratus pada tahun kalendar 2025. Berdasarkan perkembangan semasa yang melibatkan platform AWS Graviton, Google Axion, Microsoft Cobalt, dan NVIDIA, Arm menjangkakan bahagian tersebut akan melebihi 60 peratus menjelang akhir tahun kalendar 2026.

: Arm

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts