Adakah Tuhan Begitu Pengasih Hingga Tidak Membenarkan Aku Mati? Luah Wanita Yang Gagal Membunuh Dirinya Kerana Terlalu Gemuk.

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 01 Mar 2017 00:47:15

Seorang wanita dari Sichuan, China yang cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah sungai menemui kegagalan apabila dia terapung semula dari dalam air.
Perempuan berkenaan dimaklumkan ingin mengakhiri hidupnya kerana terlalu lama tidak memiliki teman lelaki, dia percayai saiz tubuhnya yang besar punca lelaki tidak mahu menerimanya.
Pada awalnya aksi membunuh diri berjalan lancar, dia terjunkan diri ke salah satu sungai terbesar di Zhongshan yang merupakan laluan kapal, akan tetapi dia mengapung semula selepas beberapa saat.
Dengan rasa kecewa dia berdiam diri mendongak keatas, kemudian diselamatkan oleh nelayan yang melihatnya, akan tetapi usaha untuk mengangkat beliau gagal kerana saiz badannya yang terlalu besar.
Kira kira jam 2:58 petang, 15 anggota penyelamat yang tidak mengetahui kejadian sebenar terpaksa diturunkan untuk mengangkat wanita itu masuk kedalam bot dan membawanya ke hospital.
Setelah kes wanita itu diberitakan oleh Harian Sin Chew kemarin, wanita itu terus menjadi terkenal dan sedikit rasa malu kerana usaha untuk membunuh dirinya gagal.
Menurut penjelasan daripada seorang pakar, mangsa gagal tenggelam kerana badannya mengandungi kandungan lemak yang tinggi serta material baju yang dipakai menyebabkan dirinya terapung.
Manakala seorang lelaki yang mendakwa mengenali wanita itu berkata mangsa berasal dari wilayah Sichuan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts