Adele Bolot Lima Trofi Anugerah Grammy 59

by Oh! Semput


5
SHARES
67
VIEWS
Posted on 13 Feb 2017 08:00:42

Adele
Cover image via Berita Harian

Penyanyi pop kelahiran United Kingdom (UK), Adele terus mendominasi dunia muzik antarabangsa apabila mengulangi kejayaan lima tahun lalu apabila membolot tiga kategori utama pada Anugerah Grammy Ke-59 yang berakhir di Staples Centre di sini, sebentar tadi.

Kategori itu adalah Album Terbaik dan Rekod Terbaik bagi album 25 dan Lagu Terbaik, iaitu Hello pada Anugerah Grammy Ke-59 yang berakhir di Staples Centre, di sini, sebentar tadi.

Gagal mengawal perasaannya, Adele yang menitiskan air mata ketika menerima trofi, meluahkan kepayahan untuk berdiri gah di pentas berprestij itu.

“Untuk sampai ke tahap ini, saya perlukan satu pasukan tentera… Ini bukan sesuatu yang mudah dilakukan,” katanya.

Selain tiga kategori utama, Anugerah Grammy mengiktiraf penyanyi All I Ask ini dengan dua lagi kategori iaitu Persembahan Pop Solo Terbaik dan Vokal Solo Pop Terbaik.

Adele turut mendedikasikan kemenangannya kepada pesaing terdekat, Beyonce. “Kamu adalah idola saya… Album Lemonade kamu saya anggap karya bersejarah.

Kamu sedang hamil sekarang, nikmatilah saat-saat itu. “Kalau boleh, saya mahu kamu jadi ibu saya,” katanya sambil menambah semua penyanyi sukakan Beyonce yang dianggap cahaya menerangi alam.

Sebelum, itu, Adele yang naik ke pentas dengan gugup hingga nyaris terjatuh, sempat meminta maaf di atas persembahan ketika segmen penghargaan untuk mendiang George Michael.

“Saya sangat gugup. Saya bekerja sangat keras untuk rakaman lagu Hello. Inilah antara kerja rakaman yang paling saya sukai.

Terima kasih kepada semua yang terbabit terutama Greg Kurstin yang sama-sama menulis lagu Hello,” katanya.

Terdahulu, legenda rock, mendiang David Bowie memenangi lima kategori utama termasuk Lagu Rock Terbaik melalui album Blackstar yang siap dua hari sebelum Bowie menghembuskan nafas terakhir.

Empat kategori lain yang dimenanginya adalah Pakej Rakaman Terbaik, Teknologi Rakaman Terbaik (Bukan-Klasikal), Album Muzik Alternatif Terbaik dan Persembahan Rock Terbaik.

Baca lagi: Adele Murung Selepas Lahir Anak Pertama

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts