Adira Suhaimi Komen Berita Datuk Red Nak Kahwin, Jawab Persoalan Bakal Hadir Atau Tidak

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 25 Jun 2026 10:02:45

Penyanyi Adira Suhaimi mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya, Datuk Adnan Abu atau Datuk Red yang bakal mendirikan rumah tangga buat kali ketiga pada Julai depan.

Menurut Adira, 35, dia tumpang gembira apabila mengetahui Datuk Red sudah bertemu jodoh baharu dan bakal kembali bergelar suami.

Advertisement

“Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Datuk Red. Kebahagiaan, kesejahteraan dan kesihatan dia.”

“Semoga yang baik-baik untuk dia, insya-Allah. Kalau dia ada bertemu jodoh baru pun, alhamdulillah,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, hari ini.

Ditanya sama ada akan hadir ke majlis perkahwinan bekas suaminya itu, Adira berkata Datuk Red sebelum ini ada memaklumkan akan menjemput anak-anak mereka terlebih dahulu.

“Sepatutnya dia jemput anak-anak lebih awal. Tapi mungkin ada benda-benda yang belum diselesaikan.”

“Apa pun kita doakan yang terbaik,” katanya lagi.

Hari ini, Datuk Red mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Rohanita pada Julai depan.

Datuk Red Maklum Bakal Nikah Baru Julai Ini – “Saya Nak Kahwin Sebab Ada Yang Kata Saya Tak ‘Move On’”

Terdahulu, Adira dan Datuk Red bercerai talak satu pada penghujung April 2024.

Sebelum itu, pasangan tersebut berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015, ketika Adira menjadi isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob, 2.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-25 10:15:07

Datuk Red Maklum Bakal Nikah Baru Julai Ini - "Saya Nak Kahwin Sebab Ada Yang Kata Saya Tak 'Move On'"

Adira Suhaimi Komen Berita Datuk Red Nak Kahwin, Jawab Persoalan Bakal Hadir Atau Tidak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts