Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, Ahmad Farhan Fauzi Dilantik Sebagai Pengerusi PH Negeri Yang Baharu

by Oh! Semput


7
SHARES
97
VIEWS
Posted on 24 Jun 2026 16:32:03

KUANTAN: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang yang baharu menerusi pemilihan jawatankuasa baharu gabungan itu.

Ahmad Farhan akan dibantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut yang juga Pengerusi DAP Pahang, Lee Chin Chen daripada DAP sebagai Timbalan Pengerusi 1 dan Mohd Fadzli Mohd Ramly daripada Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai Timbalan Pengerusi 2.

Pelantikan tersebut diumumkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan PH Pahang bagi Tahun 2025 yang berlangsung pada Rabu.

Menurut kenyataan Sekretariat PH Pahang, pelantikan barisan kepimpinan baharu itu diyakini mampu memperkukuh struktur organisasi parti sekali gus memastikan gerak kerja di semua peringkat dapat dilaksanakan secara lebih teratur, berfokus dan berpaksikan kepentingan rakyat.

"Mesyuarat tersebut turut menetapkan beberapa agenda utama sebagai teras perjuangan PH Pahang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Antaranya, semua parti komponen gabungan itu iaitu PKR, DAP dan Amanah akan digerakkan sepenuhnya bagi menyusun jentera serta melaksanakan pelbagai aktiviti di semua kawasan sebagai persediaan menghadapi PRU16," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, PH Pahang akan membantu jentera pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan sebagai manifestasi kesepaduan dan semangat kerjasama parti di peringkat kebangsaan.

Jelas kenyataan tersebut, gabungan terbabit akan memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan hubungan antara pimpinan dan akar umbi.

"Kita juga akan memantapkan kesiapsiagaan jentera serta memperluas gerak kerja penerangan dan khidmat masyarakat di seluruh negeri," menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, PH Pahang yakin dengan kepimpinan baharu, semangat kebersamaan dan gerak kerja yang lebih tersusun, gabungan itu dapat terus memperkukuh peranannya di negeri ini.

"PH Pahang akan terus memainkan peranan sebagai wadah politik yang progresif, bertanggungjawab dan dekat dengan rakyat dalam membawa agenda reformasi, kebajikan rakyat, tadbir urus yang baik serta masa depan yang lebih sejahtera untuk negeri ini," katanya. #sinarharian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts