Mia Ahmad Umum Butiran Perkahwinan Di Pelancaran Minyak Wanginya

by Oh! Semput


9
SHARES
121
VIEWS
Posted on 01 Dec 2016 07:00:39

Mia Ahmad tidak berkongsi penuh dan terperinci lagi mengenai perkahwinannya bersama pilihan hatinya penjaga gol pasukan JDT, Izham Tarmizi Roslan, tetapi yang pastinya ia bakal berlangsung pada Januari depan.

capture-20161201-114242

Butiran penuh tentang perkahwinan pelakon popular ini bakal dikongsikan menerusi sidang media bersamanya esok dalam dalam masa yang sama dia bakal melancarkan haruman wangian miliknya.

 

“Setakat ini, memang Januari akan menjadi saksi ikatan cinta kami. Insya-Allah, lusa saya akan melancarkan minyak wangi sendiri, Sweetness by Mia Ahmad. Lebih daripada itu, saya juga akan berkongsi berita baik dengan rakan media. Saya mahu kongsi semuanya serentak dengan rakan media yang menyokong saya selama ini,” katanya kepada BH Online.

 

Baru-baru ini, Mia sempat terbang ke New Zealand bersama Izham untuk sesi penggambaran pra-perkahwinan mereka. Mia turut menyatakan yang mana segalanya itu tidaklah dirancang kerana semuanya diatur penuh oleh syarikat penggambaran CST yang mengajak Mia untuk ke sana. 

 

Menerusi akaun Instagram miliknya, Mia turut menyatakan di dalam kapsyen sebuah video yang dikongsinya yang mana seorang pembeli Sweetness (nama harumannya) yang bertuah akan mendapat jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinannya itu nanti.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts