Aidil Catat Rekod Satu Lagi Pelakon Terselamat Tali Gantung

by Oh! Semput


8
SHARES
106
VIEWS
Posted on 10 Dec 2016 13:00:34


Syukur, pertuduhan mengedar 465 gram dadah terhadap pelakon Aidil Aziz telah ditarik balik.  Aidil telah dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM4,000 serta di bawah pemerhatian selama dua tahun.

Berita ini dikongsikan oleh peguam Aidil, Wan Azwan Aiman dan Fakhrul Redha.

Menurut Pengurusnya, Kam (yang juga sepupu Aidil) ketika sebutan semula kes, suasana gembira bercampur sayu apabila keputusan mahkamah dibacakan.  Ibu Aidil menangis kegembiraan. 

"Buat masa ini, kami mahu Aidil berehat dengan keluarganya dahulu dan tenangkan fikiran," ujar Kam mewakili keluarganya.

Alhamdulillah, kami di sini, rakan-rakan artis, dan peminat-peminat tumpang gembira dengan berita ini.  Semoga Aidil terus kuat dan tabah.  

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts