by Oh! Semput
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa sikap belas ihsan dan perikemanusiaan rakyat tidak boleh dijadikan alasan sehingga menjejaskan kedaulatan negara atau membiarkan mana-mana pihak melangkaui batas undang-undang.
memetik laporan daripada Kosmo! baginda bertitah, kebelakangan ini rakyat semakin bimbang apabila terdapat segelintir pihak yang pada awalnya diterima atas dasar kemanusiaan, namun mula mengemukakan tuntutan yang tidak selari dengan kedudukan mereka di negara ini.

Titah baginda, dalam adat Melayu dan ajaran Islam, tetamu sememangnya dimuliakan namun perlu memahami adab, menghormati undang-undang serta mengetahui batas kedudukan masing-masing.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 1448 Hijrah/2026 Masihi di Laman Sejahtera Jelai, Felda Sungai Koyan.
Dalam pada itu, baginda turut mengingatkan bahawa peristiwa hijrah Rasulullah SAW membawa pengajaran penting bahawa pembinaan masyarakat tidak boleh hanya berasaskan belas ihsan semata-mata, sebaliknya perlu disertai dengan keadilan, kedaulatan dan kepatuhan kepada undang-undang.
: Kosmo! (Norfarhiza Mohd Atar)