Hos Airbnb Tidak Lagi Boleh Memaksa Tetamu Membersihkan Bilik Selepas Digunakan

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 22 Oct 2026 10:30:40

Airbnb ialah alternatif yang pada asalnya dilihat lebih murah berbanding hotel khususnya untuk tempoh sewaan yang panjang. Tetapi hos Airbnb gemar meletakkan syarat tambahan seperti perlu membuang sampah sendiri, membersihkan pinggan dan mengemaskan katil sekiranya tidak mahu dikenakan bayaran “mencuci” tambahan. Syarat ini kerap menjadi sumber perbalahan kerana tetamu berkata mereka masih dikenakan bayaran tambahan walaupun arahan dipatuhi sepenuhnya.

Airbnb minggu ini mengemaskini garis panduan untuk hos dan tetamu. Antara perubahan yang dilakukan ialah tetamu tidak lagi boleh dipaksa untuk membuang sampah, mencuci pinggan atau membuka cadar untuk dibersihkan selepas bilik digunakan. Hos juga tidak lagi boleh mengenakan bayaran penalti ke atas pelanggan. Sebarang kerosakan boleh menerima perlindungan AirCover selepas ini.

Reaksi daripada hos setakat ini adalah negatif kerana dilihat sebagai membebankan mereka. Kos cuci harus ditanggung hos dengan waktu menanti untuk mendapat pampasan AirCover pula tidak segera. Aribnb belum memberikan kenyataan akan mengubah polisi baharu yang hanya akan berkuatkuasa bermula 20 November 2026.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts