Apa Akhirnya Kerjasama PAS-PPBM?

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 27 Jan 2017 04:00:45

PAS

KERJASAMA antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih samar-samar dan hanya akan ditentukan pada 2 Februari nanti seperti dimaklumkan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Persoalannya di sini, bolehkah kedua-dua parti itu untuk bekerjasama?

Pimpinan PAS perlu ingat, Mahathir telah membuat kenyataan melupakan kerjasama dengan parti berkenaan kerana mahu mengutamakan kerjasama dengan DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Selepas itu, Mahathir membuat pusingan U dengan menyatakan perbincangan dengan PAS masih diteruskan.

Adakah Mahathir ikhlas untuk bekerjasama dengan PAS?

Atau adakah Mahathir tersalah mengeluarkan kenyataan menyatakan PPBM menutup kerjasama dengan PAS?

Tidak mungkin Mahathir tersalah mengeluarkan kenyataan kerana apa yang dinyatakannya itulah pendiriannya dan Mahathir akan mempertahankannya.

Tetapi kini, Mahathir tidak lagi seorang yang tetap pendirian, dalam isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) beliau membuat pusingan U dan selepas itu pula mengenai kerjasama dengan PAS.

Sebenarnya, Mahathir sedar, untuk mendapatkan sokongan Melayu, PPBM perlu bekerjasama dengan PAS.

Tetapi apakan daya, hubungan erat sudah terjalin antara PPBM dengan DAP dan PAN yang mana PAS telah pun menyatakan pendirian tidak akan bekerjasama dengan DAP dan PAN.

Jadi, adakah akan terjalin kerjasama antara PAS dan PPBM?

Gabungan antara PAS dengan PPBM hanya akan berlaku jika tiada sebarang syarat yang ditetapkan PAS kepada PPBM terutama dalam menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Sehingga kini, PAS kekal dengan pendirian mereka bahawa untuk PPBM bekerjasama dengan mereka, parti itu terlebih dahulu perlu mengorbankan hubungan dengan Pakatan Harapan khususnya DAP dan PAN.

Persoalannya, adakah PPBM bersedia untuk melakukannya?

Apakah akan wujud kemungkinan PAS sedia bergabung dengan PPBM meskipun maklum akan kerjasama antara PPBM dengan DAP, PKR dan PAN?

Atau mungkin, PAS bersedia mengenepikan isu kerjasama PPBM dengan Pakatan Harapan semata-mata untuk memastikan mereka meraih kemenangan pada PRU-14?

PAS dan PPBM hanya akan bekerjasama sekiranya wujud pertemuan dalam asas perjuangan politik pembangkang.

PAS kini masih berhati-hati dalam membuat keputusan kerana belum menemui asas perjuangan bersama yang memungkinkan mereka bekerjasama.

Tetapi, apa yang berlaku di Kedah adalah sebaliknya, PAS Kedah dikatakan bekerjasama dengan anak Mahathir yang juga Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz demi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Persoalannya, adakah walak atau prinsip akur kepada arahan parti dan pemimpin hanya diterima pakai di tempat lain dan tidak di Kedah?

Adakah PAS tidak langsung mempunyai asas isu yang besar untuk menyerang kerajaan BN di Kedah sehingga terpaksa menumpang populariti Mukhriz bagi membuktikan mereka masih relevan?

Mukhriz sehingga kini tidak ada menyatakan pendirian berhubung kerjasama PPBM dan PAS. Adakah bekas Menteri Besar Kedah itu akan berbuat demikian atau akan terus membisu?

Adakah PAS akan tunduk kepada PPBM atau PPBM tunduk kepada PAS?

Yang pastinya, masing-masing sama ada PAS atau PPBM mempunyai agenda politik tersendiri.

Sanggupkah PAS mengenepikan pendirian parti itu demi kerjasama dengan PPBM? Rakyat pasti tertanya-tanya dan ingin mengetahuinya.

Jawapannya tidak lama lagi…

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts