Akhirnya! Marissa Dania kongsi gambar berdua dengan Aslam

by Oh! Semput


9
SHARES
112
VIEWS
Posted on 21 Apr 2024 17:01:44

Selepas pelbagai kontroversi melanda, akhirnya, Marissa Dania kongsi gambar berdua dengan Aslam di Instagram dengan hanya meletakkan emoji berbentuk hati berwarna putih di ruangan kapsyen.

Nampak seiras lah!

Perkongsian yang dibuat Marissa sudah tentu menjawab segala spekulasi berkenaan hubungan mereka selama ini memandangkan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu tidak pernah memuat naik gambar bersama suaminya sejak dikhabarkan telah menikah.

Marissa Dania kongsi gambar

Marissa Dania kongsi gambar dengan Aslam

Dia yang duduk bersebelahan dengan Aslam memakai baju hampir sama sewaktu menghadiri sambutan hari raya bersama keluarga bapa serta ibunya.

Kehadiran Marissa juga dapat dilihat di beberapa perkongsian video ibunya, Abby Abadi serta bapanya, Norman Hakim yang sama-sama berkumpul meraikan sambutan hari raya dengan keluarga besar.

Marissa Dania kongsi gambar Aslam dengan abang

Dalam pada itu, Marissa Dania juga berkongsi beberapa gambar di Insta Story kehadiran bersama Aslam dan ahli keluarga yang lain di majlis tersebut.

Dapat dilihat yang suaminya bergambar bersama abang kepada Marissa iaitu Danish Hakim yang terlihat mesra dengan adik iparnya itu.

Marissa Dania kongsi gambar

Artikel lain: Marissa Dania mohon maaf, diam diri demi jaga nama baik keluarga

Perkongsian Abby Abadi sebelum ini raih pujian

Terdahulu, perkongsian ibu kepada Marissa, Abby Abadi yang memuat naik video bersama-sama anaknya serta isteri kepada Norman telah mencuri perhatian ramai.

Mana tidaknya, ketabahan dan kecekalan hati selebriti itu dalam berdamai dengan takdir telah meraih pujian ramai memandangkan dia begitu kuat berhadapan dengan pelbagai kontroversi melibatkan anaknya sejak beberapa bulan lalu.

Dia juga percaya bahawa apa yang berlaku esok akan lebih baik berbanding hari ini dan berdoa agar ukhwah antara mereka terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

Terdahulu, kontroversi Marissa Dania Hakim yang dipercayai telah bernikah di Thailand sekitar penghujung tahun 2023 telah menjadi topik perbualan ramai memadangkan dia kini bergelar isteri kedua kepada Aslam.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, wanita berusia 19 tahun berkenaan telah memohon maaf diatas segala yang berlaku dan memilih untuk berdiam diri kerana ingin menjaga nama baik keluarga.

: Instagram marissadania_

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts