by Oh! Semput
JAKARTA: Kematian blogger kecantikan, Rini Cesillia, 26, disyaki berpunca daripada renjatan elektrik dari pemanas air pancuran hujan di bilik mandinya pecah, kata polis Denpasar Selatan.
Air yang mengalir bersama arus elektrik melalui saluran paip itu telah mengakibatkan Rini terkorban.
Ketua Polis Komisioner Kanan Aris Purwanto berkata, pasukannya yang dibantu oleh pegawai-pegawai dari syarikat utiliti negeri, PLN sedang menyiasat masalah berkaitan pemanas air itu.
“Mangsa mati akibat pemanas air pecah,” kata Aris yang dipetik kompas.com. pada Rabu.
PLN mendapati adanya masalah dalam pendawaian yang membekalkan elektrik kepada pemanas air itu, di mana arus elektrik mengalir bersama dengan air, yang amat berbahaya.
Rini yang berasal dari Jakarta Barat dan dikenali melalui blog beliau www.rinicesillia.com, ditemui mati sambil memegang pancuran hujan dalam bilik mandinya pada Selasa.
Dia melecur di bahagian dada. – The Jakarta Post/Asia News Network
Kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku dan tidak juga selalu berlaku namun kita semua haruslah sentiasa berwaspada dan ‘Alert’ terhadap persekitaran.
Di Malaysia, laporan berita bernama bertarikh 26 Julai 2016 iaitu seorang pelajar wanita universiti dari Korea maut terkena renjatan elektrik ketika berada di dalam bilik mandi di rumahnya di Garden Homes, Seremban 2 Negeri Sembilan.
Kejadian ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun sebagai berkata Lee Xing Ni, 19, terkena renjatan dari pemanas air mandian kira-kira pukul 11 malam.
Tambahnya, “Terdapat kesan lecuran di bahagian sebelah kiri dada si mati dipercayai akibat renjatan tersebut.”
INFO TAMBAHAN:
"Selepas menekan butang tersebut, lampu merah akan menyala menandakan ia berada dalam keadaan yang baik. Jika ia tidak mengeluarkan lampu dan berkelip-kelip, itu menandakan alat tersebut telah rosak atau berlaku kebocoran," ujarnya ketika ditemui di Bilik Pameran Midea yang terletak di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Bagi alat pemanas air jenama Midea, pengguna boleh melihat kelipan lampu merah di bahagian yang bertanda ELCB.
Proses pemeriksaan itu perlu dilakukan sekali dalam masa sebulan bagi mengelakkan pengguna menghadapi kecelakaan akibat kerosakan yang tidak diketahui. "Pengguna yang tidak menggunakan alat pemanas air dalam tempoh yang lama, misalnya seisi rumah bercuti seminggu ke luar negara, mereka perlu memeriksa terlebih dulu alat tersebut sebelum menggunakannya," jelas Kok Thai.
Kebiasaannya, pihak Midea menerima laporan kerosakan daripada pengguna yang tidak pernah membuat pemeriksaan alat itu. Menurutnya, kekerapan menggunakan alat tersebut walaupun ia telah rosak boleh menyebabkan berlakunya lintar pintas.
"Punca utama kerosakan sebenarnya bergantung kepada cara penggunaan alat tersebut. Terdapat pengguna yang mengabaikan ciri-ciri keselamatan, apabila berlaku kerosakan mereka tidak membaiki pada kadar segera.
"Perbuatan tersebut bukan sahaja membahayakan ahli keluarga lain tetapi turut mengganggu arus elektrik di dalam rumah," ujarnya. Selain itu, kerosakan alat pemanas air juga boleh disebabkan teknologi yang digunakan dalam produk tersebut.
Ada alat yang menggunakan teknologi yang tidak mendapat kelulusan pihak berwajib. "Barangan elektrik dan elektronik yang ingin memasuki pasaran perlu mendapatkan lesen daripada Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM. Pelbagai proses perlu dilalui oleh syarikat pengeluar dan pelesen sebelum diberikan perakuan yang sah daripada pihak berkenaan.
"Setiap produk yang mendapat lesen tersebut selamat digunakan," kata Kok Thai. Peraturan 97 Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 mengkehendaki kelengkapan elektrik perlu mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga, manakala Peraturan 98 peraturan yang sama mengkehendaki kelengkapan yang telah diluluskan perlu dilabelkan mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya Tenaga iaitu dengan label sah Sirim.
"Melalui Skim Pensijilan Barangan, produk yang telah mendapat kelulusan untuk dibuat, diedar, dijual atau sebarang aktiviti yang berkaitan dari Suruhanjaya Tenaga akan mendapat sijil yang dikeluarkan oleh Sirim. Sebelum proses pensijilan tersebut, setiap barangan elektronik tersebut perlu lulus ujian-ujian yang telah ditetapkan.
"Bagi pengilang pula, pengeluaran sijil diberikan jika ia mempunyai sistem pembuatan dan kualiti yang konsisten bagi memastikan produk dihasilkan memenuhi keperluan pensijilan secara berterusan," katanya.
Lesen tersebut mempunyai tempoh sah selama setahun yang membolehkan produk-produk pengeluar atau pelesen mempunyai label Sirim atau logo pensijilan. Ia boleh diperbaharui setelah syarat-syarat untuk pembaharuan lesen telah dipenuhi.
Jelas kenyataan itu, antara syarat-syarat pembaharuan ialah pengilang masih mengekalkan amalan sistem kualiti yang menepati keperluan pensijilan Sirim. Selain itu, ia perlu lulus ujian pemeriksaan kilang yang umumnya dilakukan dua kali setiap tahun dan lulus Ujian Jenis setiap lima tahun.
"Melalui Konsainmen Import pula, ujian akan dijalankan khusus bagi produk-produk yang diimport sahaja. "Sampel-sampel barangan itu akan diuji terlebih dulu di makmal Sirim. Produk yang melepasi ujian akan diberikan label mengikut kuantiti yang diimport untuk dilekatkan. Tiada pemeriksaan kilang dijalankan bagi pensijilan secara Konsainmen Import," menurut kenyataan tersebut.
Proses yang sama turut dilakukan oleh syarikat Midea, yang membawa rangkaian produk Midea dari China ke Malaysia. Ia telah berada dalam industri elektrik dan elektronik dunia sejak tahun 1980 dan kini berpangkalan di Shunde, Guangdong, China.
Dalam pada itu, kajian mendedahkan mandi menggunakan air sejuk adalah lebih baik berbanding menggunakan air panas. Ia merawat pelbagai masalah dalaman seseorang terutamanya mereka yang menghadapi masalah pernafasan, insomnia dan hipertensi.
Resptor sejuk yang terdapat di bawah kulit akan menghantar impuls elektrik dari saraf perferi hingga ke otak. Proses tersebut akan menghasil kesan anti-tekanan kepada keseluruhan tubuh.
Di Sweden, terdapat amalan yang membiarkan bayi kecil akan ditidurkan di luar rumah yang sejuk. Mereka percaya ia dapat membantu ketahanan tubuh bayi daripada sebarang penyakit malah membuat tidur lebih lena. Dalam peradaban Arab, masyarakat negara itu menggunakan air sejuk memandangkan iklim negara itu yang panas.
Ia telah menjadi amalan sejak zaman Rasulullah SAW. "Suhu negara itu yang panas menyebabkan penduduk Arab menggunakan air sejuk ketika minum atau mandi," ujar penceramah bebas, Uztaz Dr. Zahazan Mohamed, ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Dia menambah, walaupun mandi air sejuk menjadi amalan masyarakat Arab, ia tidak menjadi satu kemestian kepada umat Islam kerana tiada dalil atau hadis yang menguatkan perkara itu. "Dalam al-Quran atau hadis tiada yang menyebut kemestian mandi air sejuk lebih baik berbanding air panas.
Ia sekadar amalan yang biasa dilakukan oleh masyarakat Arab berikutan cuaca yang panas," jelas. Zahazan.
rujukan: Kosmo Online