Kerana kerap sangat makan nasi berlaukkan kicap dan ikan masin tanpa kawalan, seorang pesakit kencing manis mengalami kegagalan fungsi buah pinggang yang akhirnya menyebabkan penyakit itu semakin parah.
Perkongsian yang amat bermanfaat ini dibawakan oleh Dr Rafidah Abdullah, semoga maklumat ini akan membantu sesiapa saja yang membaca dijadikan pengajaran serta untuk kesihatan yang lebih baik di masa depan
Oleh:
Dr Rafidah AbdullahTahun 2015, seorang Pakcik yang berumur 49 tahun dimasukkan ke wad kerana komplikasi kencing manis. Sangat teruk kawalannya, HbA1C 25%! (Inilah yang tertinggi yang saya jumpa).
HbA1C adalah ujian rutin darah yang wajib diambil untuk kami tahu bagaimana purata kawalan kencing manis untuk 3 bulan. Kebanyakan pesakit perlu tahap HbA1C diantara 6-7% mengikut risiko profil mereka (CPG 2015). Tahap fungsi buah pinggang pesakit ini masa itu kerosakannya tahap 3; masih boleh dikawal jika ikut ubatan hospital.
Ini tidak, "hilang dari radar", mencuba rawatan entah macam-macam, semua suplemen dah dia telan rasanya. Pertengahan tahun 2016 fungsi buah pinggang sampai tahap 4. Sesak nafas, kaki bengkak. Tekanan darah lebih 200/100 mmHg. Saya berbincang malah merayu kepada beliau untuk UBAH gaya hidup. Makan makanan sihat sahaja.
Tetapi apakan daya, isterinya kata beliau memang hanya makan nasi banyak (penuh pinggan besar), kicap & ikan masin. Dulu, kini dan tak boleh tukar